Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih 17,000 aduan permasalah­an pekerja dalam aplikasi WFW

-

JITRA: Kementeria­n Sumber Manusia menerima sejumlah 17,091 aduan pelbagai permasalah­an dialami pekerja menerusi aplikasi ‘Working For Workers’ (WFW) setakat Ahad lepas (26 Jun).

Timbalan Menterinya Datuk Awang Hashim berkata daripada jumlah itu, sebanyak 34 peratus atau 5,928 aduan adalah mengenai gaji yang tidak dibayar dan lewat pembayaran gaji.

“Bagi kes lain, iaitu sebanyak 18 peratus atau 2,974 kes merupakan aduan mengenai majikan tidak membenarka­n bekerja dari rumah terutama ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Kita juga ada menerima aduan mengenai potongan upah tidak mengikut undangunda­ng sebanyak 1,651 kes,” katanya kepada pemberita selepas menyampaik­an sijil sempena Majlis Konvokesye­n Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) Kali ke-25 di Institut Latihan Perindustr­ian (ILP) di sini semalam.

Awang berkata sebanyak 1,390 kes pula berkaitan aduan pekerja dibuang kerja tanpa notis selain 1,369 aduan adalah berkaitan tiada pembayaran kerja lebih masa dan faedah pemberhent­ian.

Sehubungan itu, beliau berkata sebanyak 16,562 aduan telah pun diambil tindakan manakala selebihnya masih dalam siasatan, pengesahan dan verifikasi.

Untuk rekod, aplikasi WFW mula dilancarka­n pada 3 Mei tahun lepas sebagai platform kepada 15.7 juta pekerja termasuk warga asing untuk mengemukak­an aduan dan permasalah­an berkaitan isu perburuhan.

Untuk itu, Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan dipetik sebagai berkata pihaknya memberi jaminan bahawa identiti pengadu akan dirahsiaka­n dan aduan diterima itu akan diambil tindakan dalam tempoh antara tiga dan tujuh hari manakala status pelaporan akan dipantau pengurusan tertinggi kementeria­n. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia