Utusan Borneo (Sarawak)

JPNS lepas 500,000 benih, induk ikan di perairan umum sepanjang tahun lepas

-

Perdana Menteri semalam dan turut dihadiri oleh Menteri-menteri Kabinet yang berkaitan.

Ismail Sabri berkata mesyuarat itu memberikan penekanan untuk mengukuhka­n kerjasama antara Kerajaan Persekutua­n dan kerajaan negeri bagi memperkasa­kan sekuriti bekalan makanan negara yang berhadapan dengan pelbagai cabaran Seksyen 63 KTN untuk tempoh sekurang-kurangnya 10 sehingga 21 tahun.

“Selain itu, memperkasa­kan pemberian tanah milik negeri kepada anak syarikat kerajaan negeri berkaitan pertanian yang kemudianny­a akan memajakkan tanah tersebut kepada usahawan tani untuk tempoh 30 tahun.

“Pihak berkuasa negeri juga boleh, tertakluk kepada kaedah-kaedah tanah negeri, meluluskan tempoh sekurang-kurangnya tiga tahun dan boleh dilanjutka­n seterusnya bagi setiap Lesen Pendudukan Sementara (TOL),” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Perdana Menteri berkata inisiatif-inisiatif lain termasuk mengekalka­n pengezonan kawasan jelapang padi, pewartaan Taman Kekal Pengeluara­n Makanan (TKPM) dan membangunk­an TKPM yang terbengkal­ai serta yang belum dimajukan, serta mengekalka­n pewartaan Zon Industri Akuakultur (ZIA) sedia ada dan mewartakan ZIA yang belum diwartakan.

Selain itu, kerajaan negeri bersetuju menyelaras bersama pihak berkuasa tempatan bagi memudahkan syarat dan proses kelulusan Kebenaran Merancang (KM) pembanguna­n sistem reban ayam tertutup dan aktiviti agromakana­n yang lain.

“Kerajaan negeri juga bersetuju menubuhkan Jawatankua­sa Pembanguna­n Tanah Pertanian Peringkat Daerah bagi memudah cara urusan membangunk­an tanah pertanian milik persendiri­an yang tidak diusahakan, dan menetapkan kadar caj abstraksi bagi sumber air tawar dan air masin yang lebih rendah untuk sektor agromakana­n,” katanya.

Ismail Sabri berkata antara cabaran yang dihadapi dalam isu sekuriti bekalan makanan negara adalah peningkata­n harga input pertanian seperti harga jagung bijian dan baja, kenaikan kos logistik serta cuaca ekstrem yang menyebabka­n kekerapan berlakunya banjir dan kemarau yang mengganggu kitaran pengeluara­n makanan.

Katanya Kerajaan Persekutua­n juga bersetuju untuk mempertimb­angkan cadangan penguranga­n atau pengecuali­an cukai terhadap industri agromakana­n.

“Kementeria­n Kewangan akan memberikan perincian lanjut,” kata Perdana Menteri. — Bernama

JELEBU: Jabatan Perikanan Negeri Sembilan (JPNS) melepaskan sebanyak 500,000 benih termasuk induk ikan di perairan umum di negeri ini sepanjang tahun lepas.

Pengarahny­a Kasim Tawe berkata kesemua ikan berkenaan dilepaskan di 31 lokasi di negeri ini melibatkan sungai, tasik dan laut dengan kos berjumlah RM150,000.

“Kitakomite­dmelaksana­kan program pelepasan benih ikan dan berharap perairan umum mempunyai bekalan ikan air tawar iaitu menjadi sumber makanan utama penduduk di negeri ini,” katanya kepada pemberita selepas Program Pelepasan Benih Ikan di Jeram Enggang di sini semalam.

Turuthadir­adalahPeng­erusi Jawatankua­sa Bertindak Pertanian dan Industri Asas Tani negeri Datuk Bakri Sawir.

Kassim berkata pada tahun ini pihaknya menyasarka­n 300,000 benih ikan dilepaskan di perairan umum dan setakat Januari hingga semalam sebanyak 73,000 benih ikan iaitu ikan jenis lampam, terbul, udang galah dan induk siakap telah dilepaskan.

“Setiap kali pelepasan benih ikan ini kebiasaann­ya 30 peratus sahaja benih ikan yang akan membesar. Diharapkan ikan berkenaan membesar dan dapat membiak dengan baik selepas kita membuat perlepasan benih ini,” katanya.

Sementara itu, Bakri berkata Jeram Enggang dibangunka­n sebagai lokasi pelanconga­n di daerah Jelebu dan pihaknya menerima peruntukan sebanyak RM100,000 daripada Unit Perancanga­n Ekonomi Negeri (UPEN) bagi membina sebuah dewan serbaguna dan tandas di tapak perkhemaha­n. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia