Utusan Borneo (Sarawak)

Djokovic pertahanka­n rekod tanpa kalah

Pemain pertama memenangi 80 perlawanan di semua empat kejohanan Grand Slam

-

LONDON: Novak Djokovic menjadi pemain pertama yang memenangi 80 perlawanan di semua empat kejohanan Grand Slam ketika dia memulakan kempen mempertaha­nkan kejuaraan Wimbledon pada Isnin sementara pemain muda berbakat, Carlos Alcaraz, dipaksa bertarung lima set sebelum meneruskan kemaraan ke pusingan kedua.

Djokovic, pilihan pertama kejohanan dan juara enam kali, menewaskan pemain dari Korea Selatan, Kwon Soo-woo 6-3, 3-6, 6-3 dan 6-4.

Tetapi jaguh dari Serbia itu dipaksa bekerja-keras sedikit ketika menentang lawan yang berada pada ranking ke-81 dunia.

“Sekarang kita memperoleh­i 80 kemenangan, mari capai rekod 100 kemenangan,” kata Djokovic.

Pemain berusia 35 tahun itu akan memburu kejuaraan keempat berturut-turut dan menyertai senarai pemain elit.

Dalam era Terbuka, hanya Bjorn Borg, Pete Sampras dan Roger Federer yang mempunyai rekod memenangi kejuaraan Wimbledon sebanyak empat kali berturut-turut.

Alcaraz, bakal lawan Djokovic di suku akhir, bangkit dari ketinggala­n dua set sebelum

Casper Ruud, yang diletakkan sebagai pilihan ketiga kejohanan, meraih kemenangan pertama di Wimbledon apabila menewaskan Albert Ramos-Vinolas 7-6(7/1), 76(11/9) dan 6-2.

Turut meneruskan kemaraan ialah John Isner dari AS, yang melakukan 54 pukulan servis kencang dan 97 pukulan kemenangan untuk menewaskan pemain kelayakan dari Perancis, Enzo Couacaud 6-7 (6/8), 7-6 (7/3), 4-6, 6-3 dan 7-5 dan akan bertemu Murray di pusingan kedua.

Bagaimanap­un, Marin Cilic, naib juara di sini pada 2017, menarik diri tanpa memasuki gelanggang selepas diuji positif COVID-19.

Beatriz Haddad Maia, yang tiba pada kejohanan ini dengan memenangi 12 perlawanan di permukaan rumput ketika memenangi kejohanan di Nottingham dan Birmingham, bagaimanap­un gagal meneruskan kemaraan apabila tewas 6-4, 4-6 dan 6-2 kepada Kaja Juvan dari Slovenia.

Selepas pembatalan kejohanan pada 2020 dan mengurangk­an kehadiran penonton pada tahun lepas, kejohanan Wimbledon tahun ini kembali dengan penonton penuh.

Bagaimanap­un, ketiadaan pemain dari Rusia dan Belarus, yang digantung oleh penganjur ekoran penceroboh­an Rusia ke atas Ukraine, menyaksika­n ketiadaan bintang nombor satu dunia lelaki, Daniil Medvedev.

Juara lapan kali, Federer juga tidak beraksi ketika masih menjalani pemulihan dari pembedahan lutut.

Bagaimanap­un, bintang veteran Serena Williams akan bermain perlawanan perseorang­an pertamanya sejak dari tahun lepas ketika dia mahu menyamai rekod Margaret Court yang memenangi 24 kejuaraan Grand Slam. — AFP

 ?? ?? DJOKOVIC
DJOKOVIC
 ?? ?? ALCARAZ
ALCARAZ
 ?? ?? FERNANDINH­O
FERNANDINH­O

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia