Utusan Borneo (Sarawak)

Sekarang kita memperoleh­i 80 kemenangan, mari capai rekod 100 kemenangan.

- Novak Djokovic Pemain tenis

menewaskan Jan-Lennard Struff dari Jerman. Pemain berusia 19 tahun dari Sepanyol itu melakukan 30 pukulan servis kencang dan 73 pukulan kemenangan untuk menang 4-6, 7- 5, 4-6, 7-6(7/3) dan 6-4. “Tahun lepas, saya juga bermain lima set pada pusingan pertama di sini dan ia menunjukka­n bagaimana saya menyukai permukaan rumput,” kata Alcaraz berseloroh. Rakan senegara Alcaraz, Alejandro Davidovich Fokina, mengejutka­n pemain yang melangkah ke peringkat separuh akhir kejohanan tahun lepas, Hubert Hurkacz, yang juga pilihan ketujuh kejohanan 7-6(7/4), 6-4, 5-7, 2-6 dan 7-6 (10/8) pada perlawanan terhenti dua kali kerana hujan. Juara dua kali kejohanan, Andy Murray, juga meneruskan kemaraan selepas bangkit dari ketinggala­n satu set sebelum menewaskan James Duckworth dari Australia 4-6, 6-3, 6-2 dan 6-4.

“Saya sudah menyesuaik­an diri sekarang tetapi saya tidak tahu berapa banyak peluang saya akan dapat bermain di Gelanggang Utama,” kata bintang veteran berusia 35 tahun dari Scotland itu.

Sepanjang dua jam permainan terhenti kerana hujan pada Isnin – dan 10 perlawanan dibatalkan tetapi ia tidak mencemaska­n pemain wanita ranking kedua dunia dari Tunisia, Ons Jabeur.

Jabeur, yang pernah melangkah ke peringkat suku akhir di sini tahun lepas, mudah menewaskan pemain kelayakan dari Sweden, Mirjam Bjorklund 6-1 dan 6-4.

Pemain ranking ketiga dunia, Anett Kontaveit, memulakan impian untuk melangkah minggu kedua kejohanan buat kali pertama dengan menewaskan Bernarda Pera dari Amerika Syarikat (AS) 7-5 dan 6-1.

Finalis Terbuka Australia, Danielle Collins adalah mangsa terbesar yang tersingkir awal dari kejohanan apabila pemain pilihan ketujuh kejohanan dari AS itu dikejutkan Marie Bouzkova dari Republik Czech 5-7, 6-4 dan 6-4.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia