Utusan Borneo (Sarawak)

Kejohanan Badminton Tertutup Dayak, 22-23 Julai

-

KUCHING: Biro Sukan Kelab Badminton Kenyalang (KBK) dengan kolaborati­f jawatankua­sa kecil Rekreasi SDNU akan mengadakan Kejohanan Badminton Tertutup Dayak di Pusat Sukan Sentosa pada 22 dan 23 Julai depan.

Menurut kenyataan KBK, penyertaan hanya terbuka kepada pemain Dayak Sarawak termasuk mereka yang berdarah campuran Dayak dengan salah seorang ibu atau bapa adalah Dayak.

“Peserta perlu membawa bersama sijil lahir bagi tujuan pengesahan semasa kejohanan,” kata KBK dalam kenyataan.

Kejohanan ini dianjurkan bukan sahaja untuk menggalakk­an lebih ramai ahli Dayak terlibat dalam aktiviti sukan.

Tetapi pada masa yang sama untuk mencari bakat untuk dilatih dalam sukan badminton yang merupakan antara sukan popular di Malaysia dan dunia.

Dalam pada itu kejohanan tertutup ini terbahagi kepada beberapa kategori umur iaitu remaja bawah 12,15 dan 18 tahun bagi perlawanan perseorang­an.

Kejohanan ini juga dibuka kepada ahli komuniti Dayak bagi kategori beregu veteran (45 tahun ke atas) dan beregu terbuka (tiada had umur).

Penganjur akan mengadakan sesi cabutan di Pusat Sukan Sentosa jam 7.30 malam pada 20 Julai manakala jadual perlawanan akan diumumkan pada 7.30 malam, 21 Julai.

Borang penyertaan perlu dihantar kepada penganjur pada atau sebelum 18 Julai menerusi e-mel kepada anthonynil­i73@gmail.com atau WhatsApp ke nombor 014-5784618 (Anthony Ugor Nili).

Pemain Sukan SEA, Sukan Asia, Sukan Komanwal, Kejohanan Dunia dan Olimpik tidak dibenarkan menyertai kejohanan ini.

Hanya mereka yang telah lengkap vaksinasi COVID10 dibenarkan mengambil bahagian.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi pengerusi kejohanan Petrus Ngalih Tinggi di talian 011-19879606 dan pengadil kejohanan (014-5784618).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia