Utusan Borneo (Sarawak)

Ragbi Sibu julang gelaran kejohanan sulung Ragbi 15 Piala Memorial 2022

-

SIBU: Nangka United berpesta gol ketika menentang pasukan Fourtynine Ngemah pada aksi peringkat kumpulan D Liga Bola Sepak Zon Tengah Sarawak 2022 Ahad lalu.

Nangka United yang bermain untuk aksi pertama peringkat kumpulan D, beraksi garang sehingga ke wisel penamat apabila berjaya membenam 8 gol ke gawang lawan manakala Fourtynine Ngemah gagal membalas dengan sebarang jaringan.

Jaringan pertama dihasilkan oleh Samsu Alam Abdul Samad pada minit 32 dan keputusan kekal 1-0 hingga wisel penamat separuh masa pertama.

Pasukan tuan rumah mula menunjukka­n taring pada babak kedua apabila menyumbat 7 gol ke gawang lawan manakala kelebihan satu gol menerusi kesilapan pihak lawan.

Gol masing-masing dihasilkan oleh Mohamad Hadera Bakri pada minit 49, Nazrul Abdul Samad (60 77), Mohd Hairol Mokhtar (65), Samsirol Samsudin (79), Wilson Beriak (80 gol sendiri) dan Nasrin Hazizi Muhamdi (83).

Kemenangan ini membolehka­n Nangka United mengutip 3 mata penuh dan berada di kedudukan teratas kumpulan D.

Perlawanan lain yang turut berlangsun­g pada hujung minggu lalu ialah STR N46 menentang SDFC yang terikat dengan keputusan 1-1 (kumpulan A), 7DFC 4-1 Dudong FC (kumpulan B), N50 Machan FC 5-0 Bukit Goram 63 (kumpulan C) dan Igan FC 3-1 Forty Three (kumpulan A).

Sementara itu, Liga Bola Sepak Zon Tengah Sarawak 2022 dianjurkan oleh Kelab Bolasepak Daerah Sibu (SDFC) dan Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Nangka.

Kejohanan saingan peringkat kumpulan diadakan secara timbal balik (home/away).

Hadiah wang tunai RM30,000 bersama piala dan pingat menanti pasukan yang bergelar juara.

Pasukan yang muncul naib juara akan menerima wang tunai RM15,000 termasuk piala dan pingat.

Dua pasukan yang tewas di peringkat separuh akhir masing-masing akan menerima wang tunai RM5,000 berserta piala dan pingat selaku pemenang tempat ketiga bersama.

SIBU: Pasukan Ragbi Sibu (SR) menewaskan Persatuan Ragbi Bahagian Miri (MDRU) dengan kemenangan 5-0 sekali gus menjulang gelaran sulung kejohanan Ragbi 15 Piala Memorial 2022 yang berlangsun­g di SMK Sacred Heart hujung minggu lalu.

Ia adalah perlawanan ragbi kompetitif pertama sejak pandemik COVID-19 yang melanda sejak dua tahun lalu mengakibat­kan semua jenis aktiviti dan acara sukan dihentikan sementara.

Dengan mempamerka­n kebijaksan­aan, kekuatan dan kuasa, pemain SR ternyata bukan sahaja menguasai permainan malah merangkul gelaran.

Pemain SR Elvin Wong, 23, yang menerima panggilan untuk menyertai latihan berpusat ragbi kebangsaan Februari lalu, meledak dengan sentuhan cemerlang pada minit ke-10 untuk memberikan permulaan yang baik.

MDRU bagaimanap­un tidak mudah menyerah apabila beberapa kali berjaya menembusi kawasan SR namun gagal memanfaatk­an peluang tersebut.

Lebih malang apabila sepakan percuma terkena tiang gol pada minit ke-23.

Selepas rehat, kedua-dua pasukan kembali lebih kuat, cergas dan bersemanga­t.

Permainan bagaimanap­un menjadi lebih sukar kerana padang berlumpur akibat hujan sejak beberapa hari lalu, sekali gus menjejaska­n rentak permainan.

Beberapa minit sebelum perlawanan berakhir pemain SR bertukar menjadi defensif dalam usaha untuk mengekalka­n permainan.

Serangan balas sesekali memberi mereka harapan untuk melebarkan kedudukan tetapi sentuhan pada babak kedua tidak menjadi kenyataan.

Enam pasukan mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut yang dianjurkan SR.

Ketua jurulatih SR Michael Ting melahirkan rasa puas hati dengan persembaha­n pemain yang datang dari seluruh Sarawak untuk menjayakan­nya.

“Berlatih bersungguh­sungguh dan sasarkan lebih tinggi untuk edisi Piala Memorial yang akan datang,” tambahnya.

Selain memperinga­ti pemain ragbi yang telah meninggal dunia kata Ting, pertanding­an itu juga menjadi landasan untuk memilih pemain cemerlang untuk Piala Agong akan datang yang dijadualka­n berlangsun­g pada 23 Oktober nanti.

Sarawak akan menentang Pulau Pinang di Kuching pada 23 Oktober, diikuti perlawanan di Kuala Lumpur menentang Putrajaya pada 29 Oktober dan Selangor pada 6 November.

 ?? ?? PESTA GOL: Pasukan Nangka United meraikan gol pada pertemuan menentang Fourtynine Ngemah pada Ahad lalu.
PESTA GOL: Pasukan Nangka United meraikan gol pada pertemuan menentang Fourtynine Ngemah pada Ahad lalu.
 ?? ?? GAGAL: Seorang pemain MDRU (kiri) cuba mengambil bola lepas mengikut scrum.
GAGAL: Seorang pemain MDRU (kiri) cuba mengambil bola lepas mengikut scrum.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia