Utusan Borneo (Sarawak)

Giliran animasi popular Didi & Friends beri kejutan di pawagam 23 Februari ini

Bukan sekadar nyanyian, saksikan Didi, Nana dan Jojo tampil dengan aksi penggembar­aan buat pertama kali di layar perak setelah 12 tahun

-

12 tahun, sebuah francais media belajar sambil berhibur terkemuka di Malaysia, Didi & Friends kini mengorak langkah ke hadapan apabila bakal muncul dengan filem pertama mereka, Didi & Friends The Movie, yang bakal ditayangka­n di pawagam mulai 23 Februari ini.

Filem pengembara­an animasi muzikal ini diterbitka­n oleh Astro Shaw, Warnakala Studios dan Digital Durian dengan kerjasama Malaysia Digital Economy Corporatio­n (MDEC) tampil berbeza dan menjanjika­n animasi yang bukan sahaja menarik minat kanak-kanak tetapi juga penonton dewasa.

Didi & Friends The Movie juga mencatat sejarah apabila menjadi filem animasi pertama di Malaysia yang menjalinka­n kerjasama dengan Malaysian Philharmon­ic Orchestra (MPO) dan Dewan Filharmoni­k PETRONAS (DFP) dalam pembikinan lagu dan muzik latar orkestra dalam filem ini.

Sebanyak enam lagu telah dirakamkan bersama MPO/DFP yang bertajuk Hora Horey, Manet, Torra, Percaya, Percaya Reprise termasuk Hora Horey Instrument­al yang menjanjika­n kepuasan halwa telinga buat penonton nanti.

Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Melihat kejayaan dan sambutan luar biasa terhadap filem animasi tahun lalu, kami bersedia untuk mempersemb­ahkan sebuah lagi filem animasi terbaru Didi & Friends The Movie dari jenama animasi popular Malaysia pada penggal pertama tahun ini.

“Kami juga amat berbesar hati buat julung kali berpeluang bekerjasam­a dengan nama besar dalam industri animasi negara iaitu Warnakala Studios dan Digital Durian dengan kerjasama Malaysia Digital Economy Corporatio­n (MDEC) dalam menerbitka­n filem tempatan.

“Kami tidak teragakaga­k untuk terlibat dalam usaha sama ini kerana percaya ia mampu menghasilk­an sebuah lagi karya terbaik serta memberi sokongan padu pada industri animasi tempatan. Di samping itu, turut mengujakan, filem

ini juga memperliha­tkan serta kandungan yang kerjasama pertama dipersemba­hkan berbeza kali dengan organisasi dengan filem Didi & bertaraf antarabang­sa, Friends terdahulu yang Malaysian Philharmon­ic hanya tertumpu pada Orchestra (MPO) & lagu.

Dewan Filharmoni­k “Kami harap PETRONAS (DFP).” kehadiran filem ini

“Kami yakin filem dapat menimbulka­n Didi & Friends The rasa keterujaan buat Movie bakal menambat penonton seperti mana hati penonton dengan pihak kami teruja untuk kualiti produksiny­a mempersemb­ahkannya di layar perak bermula bulan hadapan,” kata beliau.

Video ‘teaser’ yang menampilka­n kemunculan Didi berdurasi 30 saat telah dikongsika­n pada 28 Disember lalu telah menerima reaksi positif daripada peminat dan penonton. Sesuai dengan ayat di pengakhira­n video tersebut ‘Melangkah ke dunia baru’ yang memberikan gambaran bahawa Didi & Friends The Movie adalah berbeza dari siri Didi & Friends sebelum ini.

Antara komen-komen di media sosial adalah seperti:

1) Aduh aku yang berumur 15 nih tiba-tiba excited pula - @dhia.0708

2) Cuti sekolah lagi ni masa ni. Mesti kena bawa kids ni...baru tengok iklan dah ajak skang pegi wayang - @nor_azrin

3) Next level betul ea @didiandfri­ends - @ faridahidr­ish

4) Best gila tengok detail topi ngan bulu dia x sabar nak tengok - @ daniff_aliff

5) Lain mcm quality gambar didi n friends the movie... tahniah - @ warnakala_studios

6) Aku baru je borak dgn husband semalam Didi & friends tak nak buat movie ke? Nak bawa anak tgk wyg. Ya Allah, Kau dengar isi hati aku - @ dyra_noor

7) The animated feathers on Didi are of higher quality. Looks more detailed. A lot of work and time must have gone into making the movie. Good luck guys! - @luxent_X

8) WAH !!!!! YES !!!! finally my favourite musical cartoon getting their own movie !!!! - @ mumtzis

Menurut Hairul Sofian, Ketua Pegawai Eksekutif Warnakala Studios, beliau meletakkan produksi Didi & Friends The Movie ini sebagai sangat ‘LUAR BIASA’.

“Kami percaya, kerja kolaborasi merupakan faktor yang sangat penting dalam penghasila­n karya yang terbaik. Astro Shaw, antara perintis dalam industri perfileman, menjadi rakan strategik Warnakala Studios dalam penerbitan filem Didi & Friends ini.

“Selain itu, MDEC dan Digital Durian juga memberi sokongan sejak dari hari pertama Didi & Friends bermula. Saya juga amat berbangga dengan hasil sentuhan Akmal Aziz Asmawi dan Roshfaizal Ariffin sebagai Pengarah filem ini.

“Mereka berdua mempunyai kepakaran dan banyak idea kreatif dan saling membantu. Kami juga amat berbesar hati dapat bekerjasam­a dengan Malaysian Philharmon­ic Orchestra (MPO) / Dewan Philharmon­ic PETRONAS (DFP) dalam pembikan lagu-lagu untuk filem ini, yang dipimpin oleh Saiful Ridzuan (Duan) sebagai Pengarah Muzik yang berbakat besar serta berpengala­man luas.

“Lagu-lagu ‘catchy’ dalam filem ini saya pasti bakal menjadi tular. Terakhir sekali, saya amat berterima kasih kepada WAU Animation dan FINAS atas komitmen mereka sepanjang pembikinan filem ini,” katanya.

Bertambah menarik, beberapa watak baru telah diperkenal­kan yang menampilka­n pelakon suara daripada selebriti terkemuka tanah air seperti Dato’ Awie sebagai Tok Chip, Amelia Henderson sebagai Kapten Zoey, Waris sebagai Torra dan Ruminah Sidek sebagai Nek Kura di samping barisan pelakon suara watak asal Didi, Nana, Jojo, Pak Atan, Pak Beruang dan lain-lain.

Didi & Friends The Movie juga mendapat sentuhan hebat daripada Saiful Ridzuan atau Duan selaku Pengarah Muzik, yang terdahulun­ya menjadi Pengarah Muzik Olabola dan Puteri Gunung Ledang Muzikal telah menerajui rakaman tersebut termasuk dua lagu iaitu Irama dan Lagu dan Kapten Zee & Crew.

Sebanyak 11 lagu telah dimuatkan dalam filem ini, termasuk sebuah lagu yang bertajuk Luar Biasa dinyanyika­n dan digubah oleh Hael Husaini. Turut dimuatkan lagu Kembali Bersama yang dinyanyika­n oleh kumpulan Modescape dan digubah oleh Shah, anggota kumpulan itu.

Sama-sama kita melangkah ke dunia baharu, di pawagam 23 Februari ini. Ikuti perkembang­an terbaru serta klip-klip menarik filem di TikTok, Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw, Astro Gempak dan Didi & Friends.

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ?? AMELIA HENDERSON
AMELIA HENDERSON
 ?? ?? DATO’ AWIE
DATO’ AWIE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia