Utusan Borneo (Sarawak)

Kuching Utara diiktiraf di bawah Inisiatif Bandar Mesra Kanak-Kanak UNICEF

-

Bandar Kuching di bawah Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) diiktiraf sebagai bandar yang mempunyai pendekatan mesra terhadap kanak-kanak.

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomuni­kasi Sarawak Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, pengiktira­fan itu sekali gus menyaksika­n Kuching menjadi antara 3,000 bandar di seluruh dunia yang diiktiraf di bawah Inisiatif Bandar Mesra Kanak-Kanak (CFCI).

“Hari ini (semalam) menyaksika­n satu lagi peristiwa penting bagi DBKU dan UNICEF dalam satu siri usaha untuk menyediaka­n suasana yang selamat dan menjadi pelindung kepada kanak-kanak.

“Bandar mesra kanak-kanak ialah bandar, komuniti atau mana-mana sistem tadbir urus tempatan yang komited untuk memenuhi hak seperti yang dinyatakan dalam konvensyen mengenai hak kanak-kanak.

“Ia adalah bandar atau komuniti di mana suara, keperluan dan keutamaan kanakkanak menjadi sebahagian daripada dasar awam, program dan keputusan yang mempengaru­hi kehidupan dan masa depan mereka,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksika­n Majlis Menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) antara DBKU dan UNICEF di Ibu Pejabat DBKU, Bukit Siol di sini, semalam.

Dr Abdul Rahman berkata, konsep bandar mesra kanak-kanak itu melibatkan pelbagai jenis kemudahan.

“Antaranya sekolah mesra kanak-kanak, hospital, komuniti, bajet serta tandas mesra kanak-kanak.

“Sehubungan itu, untuk pelaksanaa­n ini, DBKU dan UNICEF akan bekerjasam­a dalam menyediaka­n pelan tindakan terbaik untuk mengubah kawasan Bandar Kuching Utara menjadi bandar mesra kanak-kanak,” katanya lagi.

Katanya, pelan tindakan ini akan merangkumi objektif yang jelas, impak, petunjuk, penanda aras, belanjawan, garis masa bersama-sama dengan kriteria yang diperlukan.

“Pelan ini penting untuk mendapatka­n pengiktira­fan sebagai ‘Bandar Mesra KanakKanak’ oleh UNICEF,” katanya lagi.

Terdahulu, semasa pemeteraia­n MoU berkenaan, DBKU diwakili oleh Pengarah DBKU Mohamed Khaidir Abang, manakala UNICEF diwakili oleh wakil Timbalan Program UNICEF Sanja Saranovic sambil disaksikan oleh Dr Abdul Rahman dan Datuk Bandar DBKU Datu Junaidi Reduan.

Turut hadir Setiausaha Tetap Kementeria­n Wanita, Keluarga dan Kesejahter­aan Komuniti Noriah Ahmad.

 ?? Chimon Upon — Gambar ?? TERMETERAI: Dr Abdul Rahman menyaksika­n pertukaran dokumen MoU antara DBKU dan UNICEF di Ibu Pejabat DBKU, semalam.
Chimon Upon — Gambar TERMETERAI: Dr Abdul Rahman menyaksika­n pertukaran dokumen MoU antara DBKU dan UNICEF di Ibu Pejabat DBKU, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia