Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak catat hasil RM11.9b pada 2022

Melepasi unjuran sebanyak 17 peratus pada 2021, prestasi tertinggi pernah dicapai: Abang Johari

- Oleh Jessica Jawing

Sarawak merekodkan prestasi pendapatan mengatasi jangkaan bagi tahun kewangan 2022 yang melepasi unjuran hasil sebanyak 17 peratus iaitu daripada RM10.2 bilion pada 2021 kepada RM11.9 bilion.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ia merupakan prestasi hasil tertinggi yang pernah dicapai negeri ini.

Menurutnya, pendapatan Sarawak itu disumbangk­an daripada empat kategori utama iaitu hasil cukai, hasil bukan cukai, terimaan bukan hasil dan geran serta pembayaran balik daripada persekutua­n.

“Hasil cukai menyumbang RM6.7 bilion atau 56 peratus daripada jumlah hasil, manakala kategori lain menyumbang 44 peratus.

“Di bawah kategori hasil cukai, iaitu Cukai Jualan Negeri (‘SST’) menyumbang 84 peratus atau RM5.6 bilion daripada jumlah hasil cukai yang dikutip. Produk bercukai di bawah SST, antara lain, terdiri daripada produk minyak dan gas, produk kelapa sawit dan aluminium,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat kabinet yang dihadiri semua ahli kabinet negeri di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, semalam.

Hadir sama tiga timbalan beliau, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Dato Sri Dr Sim Kui Hian dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Menurut Abang Johari, prestasi yang lebih baik dalam kutipan SST adalah disebabkan oleh harga pasaran yang lebih tinggi pada 2022 untuk produk minyak dan gas serta produk kelapa sawit.

Katanya sebelum pengenalan SST ke atas produk minyak dan gas, khususnya bagi tahun kewangan 2018, hasil yang dikutip ketika itu ialah RM7.2 bilion.

“Oleh itu, prestasi hasil bagi tahun kewangan 2022 menyaksika­n peningkata­n sebanyak 65 peratus berbanding 2018.

“Saya membanding­kan dengan 2018 di mana kita menerima pendapatan RM7 bilion (sebelum SST) dan pada tahun lepas iaitu 2022, kita menerima RM11.9 bilion. Ini merupakan satu angka yang agak memberangs­angkan dan memberi lebihan RM1 bilion kepada

bajet tahun lepas,” katanya sambil memberitah­u peningkata­n itu antara tertinggi dalam sejarah.

Beliau berkata, kerajaan Sarawak akan terus mengkaji dan meneliti pelbagai inisiatif utama untuk meningkatk­an hasil Sarawak melalui memperting­kat, memperluas dan mempelbaga­ikan sumber pendapatan­nya.

Abang Johari memberitah­u, pada tahun 2022, pelbagai inisiatif telah diperkenal­kan seperti menguatkua­sakan dasar dividen negeri ke atas Badan Berkanun dan Syarikat Berkaitan Kerajaan, dan mengenakan SST ke atas arang batu.

 ?? — Gambar Muhammad Rais Sanusi ?? PERJELAS: Abang Johari bersama Uggah (kiri) dan Dr Sim (kanan) menjawab pertanyaan pemberita pada sidang media selepas mesyuarat kabinet negeri di Kompleks DUN, semalam.
— Gambar Muhammad Rais Sanusi PERJELAS: Abang Johari bersama Uggah (kiri) dan Dr Sim (kanan) menjawab pertanyaan pemberita pada sidang media selepas mesyuarat kabinet negeri di Kompleks DUN, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia