Utusan Borneo (Sarawak)

Pengurus didenda kerana kendali premis pusat hiburan tanpa lesen

-

Seorang pengurus pusat hiburan dijatuhi hukuman denda RM3,000 atau lima bulan penjara di Mahkamah Majistret di sini, semalam selepas mengaku bersalah mengendali­kan premis pusat hiburan tanpa lesen.

Hukuman itu dijatuhkan oleh Majistret Zaiton Anuar terhadap David Pelin, 37, yang didakwa mengikut Seksyen 5(1)(b) Ordinan Hiburan 2000.

Seksyen yang boleh dihukum di bawah Seksyen 5(3) Ordinan sama itu memperuntu­kkan hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan kesalahan tersebut pada 31 Disember 2022, di sebuah premis pusat hiburan di pusat komersial Jalan Tan Sri Datuk Amar Wee Boon Ping di sini, sekitar jam 11.55 malam.

Mengikut fakta kes, pada malam kejadian, sepasukan anggota polis membuat serbuan dan pemeriksaa­n terhadap pusat hiburan sempena Ops Pusat Hiburan, selain mendapati pusat hiburan itu beroperasi serta terdapat beberapa pelanggan sedang berhibur.

Salahseora­ngpegawaik­anan polis (pengadu) seterusnya menemui seorang penjaga kaunter yang mengaku dirinya pengurus pusat hiburan berkenaan (tertuduh).

Selepas itu, pengadu meminta tertuduh mengemukak­an lesen perniagaan, namun, tertuduh gagal berbuat demikian.

Susulan itu, pengadu menangkap tertuduh dan turut merampas beberapa barangan seperti komputer riba, mikrofon dan peralatan set DJ.

Hasil semakan di Majlis Perbandara­n Padawan juga mendapati premis berkenaan tidak mempunyai lesen hiburan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam dilaporkan membayar denda tersebut.

Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia