Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki Indonesia mengaku kendali mesin judi didenda RM10,000

-

Seorang lelaki warga Indonesia dari Kalimantan Barat dijatuhi hukuman denda RM10,000 atau penjara tiga bulan di Mahkamah Majistret di sini semalam selepas mengaku bersalah mengendali­kan mesin perjudian pada Januari.

Tju Miaw Bie, 37, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali sebaik didakwa mengikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Seksyen berkenaan memperuntu­kkan hukuman denda minimum RM10,000 dan maksimum RM100,000 bagi setiap mesin judi dirampas, dan penjara maksimum lima tahun, jika sabit kesalahan.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah bilik di Lorong Kota Padawan di sini sekitar jam 3.45 petang pada 22 Januari 2023.

Berdasarka­n fakta kes, polis melakukan serbuan di premis berkenaan kerana mengesyaki terdapat kegiatan perjudian berunsurka­n mesin slot dan seterusnya menahan tertuduh yang berada di premis itu.

Pemeriksaa­n lanjut di premis itu membawa kepada penemuan barangan disyaki diguna untuk menjalanka­n kegiatan perjudian, yang kemudianny­a dirampas sebagai barang kes.

Antara lainnya adalah dua unit televisyen, lapan kayu ria, alat kawalan tambah nilai, modem WiFi, telefon bimbit yang digunakan untuk tambah nilai, tiga telefon bimbit dan wang tunai RM260.

Hasil siasatan mendapati barangan dirampas itu merupakan mesin perjudian susulan animasi permainan yang ditawarkan adalah berbentuk pertaruhan, selain mata kemenangan boleh ditebus dengan menggunaka­n wang ringgit di akhir permainan.

Kes dikendalik­an oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Mohd Adzmei Ahmad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia