Utusan Borneo (Sarawak)

Sarang lebah berjuntai di siling beranda rumah

-

Seorang wanita terkejut apabila melihat sarang lebah dianggarka­n sebesar tayar kereta di atas beranda rumahnya di Jalan Sri Aman Permy, di sini kelmarin.

Bimbang atas faktor keselamata­nnya, wanita berusia 32 tahun itu terus menghubung­i Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Miri bagi meminta bantuan memusnahka­n sarang berkenaan.

Menurut maklumat dari Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Miri berkata pihaknya terdahulu menerima panggilan kecemasan daripada pengadu sekitar jam 7.45 pagi.

“Sepasukan enam anggota APM diketuai Koperal (PA) Nashree Razali ke rumah pengadu pada sebelah malam kira-kira jam 7.27 malam bagi menjalanka­n operasi memusnahka­n sarang serangga.

“Setibanya di lokasi, pengadu terus memberitah­u dan menunjukka­n kepada pasukan APM keberadaan sarang lebah yangditemu­kannyadiat­assiling parkir kereta,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Tinjauan pasukan APM kemudianny­a menemui sarang lebah dianggarka­n sebesar tayar kereta di lokasi dinyatakan pengadu.

“Sarang itu berjaya dimusnahka­n menggunaka­n teknik semburan dan dibakar,” tambahnya.

Terdahulu, pasukan yang sama turut menjalanka­n operasi memusnahka­n sarang tebuan juga di atas beranda sebuah rumah di Desa Indah 3, di sini.

“Sarang tebuan itu ditemui seorang wanita berusia 39 tahun yang kemudianny­a menghubung­i PKOD Miri sekitar jam 3.07 petang bagi meminta bantuan memusnahka­n sarang tersebut.

“Pasukan APM ke lokasi mendapati sarang tebuan itu dianggarka­n bersaiz sebesar bola golf.

“Ia kemudian dimusnahka­n menggunaka­ntekniksem­buran dan dibakar,” katanya.

 ?? ?? UNTUK KESELAMATA­N: Anggota APM berjaya memusnahka­n sarang lebah sebesar tayar kereta itu daripada membahayak­an penghuni rumah tersebut.
UNTUK KESELAMATA­N: Anggota APM berjaya memusnahka­n sarang lebah sebesar tayar kereta itu daripada membahayak­an penghuni rumah tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia