Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak Design Week 2023 dari 13 hingga 16 Februari di BCCK

-

Sarawak Design Week 2023 bakal berlangsun­g dua minggu sahaja lagi iaitu dari 13 hingga 16 Februari 2023, di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini.

Acara bermula dari jam 10 pagi hingga 6 petang itu dijangka dilancarka­n oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Ekspo yang diterajui reka bentuk itu akan menghimpun­kan beberapa minda inovatif dan kreatif dalam industri reka bentuk, selain mempamerka­n trend terkini serta teknologi dalam seni bina, fesyen, reka bentuk grafik dan banyak lagi.

Pameran utama ekspo itu ialah Pavilion SayD’Signers dan bakal menyaksika­n pelawat melihat prototaip reka bentuk ‘bespoke’, ‘butik’ dan ‘solid’ oleh pereka muda di bawah program SayD’Signers Sarawak.

Terdapat juga seksyen untuk hasil reka bentuk di bawah program SayD’Signers Link and Match (SLIM), pavilion antarabang­sa, sudut kraf kanak-kanak, pavilion kraf, serta gerai perdaganga­n di tingkat bawah dan pengunjung boleh membeli produk reka bentuk daripada vendor yang mengambil bahagian.

Selain itu, Speaker Corner turut disediakan dan melaluinya pengunjung akan memperoleh pengetahua­n tentang reka bentuk daripada penceramah yang dijemput khas dari Malaysia, Singapura, Indonesia, dan Korea.

Turut diadakan, cabutan bertuah pada penghujung hari, dengan hadiah menarik menanti.

Ketua Pegawai Eksekutif Saradec Dayang Nena Abang Bruce berkata, beliau sangat teruja dengan Sarawak Design Week 2023 dan menantikan acara yang telah dirancang dengan teliti oleh pihaknya itu sejak beberapa bulan lalu.

Menurutnya, ia adalah platform yang hebat untuk mempamerka­n reka bentuk anak tempatan Sarawak, terutamany­a prototaip reka bentuk unik oleh SayD’Signers.

“Saradec, ekspo sulung yang diterajui reka bentuk ini akan menjadi wadah untuk mempromosi­kan reka bentuk kita ke pasaran antarabang­sa.

“Saya berharap acara ini akan memacu pertumbuha­n yang lebih besar dalam industri perabot Sarawak khususnya, dan industri perkayuan secara keseluruha­nnya,” ujar beliau dalam satu kenyataan semalam.

Minggu reka bentuk itu juga katanya, bertujuan untuk meletakkan Sarawak sebagai hab reka bentuk di Malaysia.

Sarawak Design Week 2023 dianjurkan oleh Saradec dan Institut Teknologi Bandung (ITB), Indonesia, diperakui oleh Kementeria­n Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n Sarawak (MTCP) serta Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Terminal Perindustr­ian dan Pembanguna­n Usahawan, serta disokong oleh Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (STIDC).

Rakan kongsi strategikn­ya termasuk Persatuan Kayu Kayan Sarawak (STA), Persatuan Industri Perabot Sarawak (SFIA), Lembaga Pelanconga­n Sarawak (STB), Yayasan Tun Jugah, CENTEXS Commercial, Universiti Teknologi Sarawak (UTS), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Kolej Komuniti, Ran & Nong Creations, Dr Dorothy & Group, serta penglibata­n daripada sektor ekonomi, perdaganga­n dan pelanconga­n.

Sebaik sahaja dilancarka­n, ia akan menjadi acara diterajui reka bentuk buatan sendiri pertama yang akan diadakan di Sarawak dan ditetapkan untuk menjadi acara tahunan dalam Kalendar Acara Negeri.

Layari sarawakdes­ignweek.com untuk maklumat lanjut.

 ?? ?? PASTI MENARIK: Dayang Nena (tengah) menerangka­n mengenai Sarawak Design Week 2023 semasa sidang media pada 11 Januari 2023. Turut kelihatan, Pengerusi SARADEC Datuk Mohd Naroden Majais (kiri) dan Presiden SFIA Leo Chiang Kok Sze.
PASTI MENARIK: Dayang Nena (tengah) menerangka­n mengenai Sarawak Design Week 2023 semasa sidang media pada 11 Januari 2023. Turut kelihatan, Pengerusi SARADEC Datuk Mohd Naroden Majais (kiri) dan Presiden SFIA Leo Chiang Kok Sze.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia