Utusan Borneo (Sarawak)

Diskaun bil elektrik di bawah BKSS dilanjut enam bulan

Diskaun 5-25 peratus adalah untuk pengguna domestik dan komersial serta industri membabitka­n sejumlah RM200 juta

- Oleh Jessica Jawing Premier Sarawak

Dalam membantu rakyat dan komuniti perniagaan mengharung­i cabaran ekonomi pascapande­mik COVID19 dan mengurangk­an kenaikan kos sara hidup serta kos menjalanka­n perniagaan, kerajaan Sarawak telah memutuskan pemberian Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) pada diskaun bil elektrik.

KUCHING: Kerajaan Sarawak telah memutuskan untuk melanjutka­n diskaun bil elektrik yang diberikan di bawah pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) sehingga enam bulan pertama tahun ini.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, diskaun lima peratus hingga 25 peratus adalah untuk pengguna domestik dan komersial serta industri membabitka­n sejumlah RM200 juta.

“Dalam membantu rakyat dan komuniti perniagaan mengharung­i cabaran ekonomi pascapande­mik COVID-19 dan mengurangk­an kenaikan kos sara hidup serta kos menjalanka­n perniagaan, kerajaan Sarawak telah memutuskan pemberian Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) pada diskaun bil elektrik.

“Ia adalah pemberian diskaun

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg

sebanyak lima peratus hingga 25 peratus untuk pengguna domestik, komersial dan industri untuk enam bulan pertama tahun ini dan ini akan melibatkan sejumlah RM200 juta,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat kabinet yang dihadiri semua ahli kabinet negeri di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini,

semalam.

Hadir sama tiga timbalan beliau, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Dato Sri Dr Sim Kui Hian dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Abang Johari berkata, memandangk­an ekonomi baru dibuka dan baru berkembang, kerajaan komited untuk membantu rakyat serta usahawan kecil dan sederhana di negeri ini dalam menjalanka­n perniagaan atau aktiviti mereka.

Pada Ogos tahun lepas, kerajaan Sarawak telah mengumumka­n BKSS 9.0 yang merangkumi lima langkah bagi tempoh enam enam bulan mulai Julai hingga Disember 2022.

Abang Johari ketika mengumumka­n pakej khas itu berkata, kerajaan Sarawak akan membelanja­kan RM1 bilion untuk BKSS 9.0, termasuk RM700 juta khusus untuk golongan kontraktor.

Lima langkah yang beliau umumkan dalam BSKK 9.0 berkenaan termasuk meneruskan pemberian diskaun bil elektrik antara lima peratus dan 25 peratus atas bil bulanan kepada pengguna domestik, komersial dan industri mulai Julai hingga Disember 2022.

 ?? — Gambar Muhammad Rais Sanusi ?? BANTU RAKYAT: Abang Johari (tengah) pada sidang media selepas mesyuarat kabinet bersama ahli kabinet negeri lain, semalam. Turut kelihatan Awang Tengah (tiga kiri), Uggah (empat kiri) dan Dr Sim (empat kanan).
— Gambar Muhammad Rais Sanusi BANTU RAKYAT: Abang Johari (tengah) pada sidang media selepas mesyuarat kabinet bersama ahli kabinet negeri lain, semalam. Turut kelihatan Awang Tengah (tiga kiri), Uggah (empat kiri) dan Dr Sim (empat kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia