Utusan Borneo (Sarawak)

Curtin dan Kolej Sunway meterai MoU untuk graduan lanjut pengajian di Curtin

-

Universiti Curtin Malaysia dan Kolej Sunway Kuching menandatan­gani memorandum persefaham­an (MoU) pada Selasa lalu untuk membolehka­n graduan kolej itu melanjutka­n pengajian ke peringkat ijazah di kampus Curtin di sini.

Curtin diwakili Naib Pro Canselor, Presiden dan Ketua Eksekutif Profesor Simon Leunig, manakala Kolej Sunway diwakili Pengarahny­a Joseph Lim.

Leunig berkata, MoU memberi pelajar Sarawak akses lebih luas kepada pendidikan berkualiti tinggi ditawarkan universiti antarabang­sa itu yang dimiliki oleh kerajaan Sarawak melalui Yayasan Sarawak dan diurus dan dikendalik­an oleh Universiti Curtin yang ditubuhkan secara usaha sama pada 1999.

“MoU ini merupakan satu langkah ke hadapan dalam menyediaka­n pelajar di Sarawak akses yang lebih luas kepada pendidikan tinggi.

“Selain kursus sarjana muda, kami menawarkan kursus asas praunivers­iti dan diploma serta program pascasiswa­zah, serta kursus pembanguna­n profesiona­l untuk industri,” jelas Leunig.

Beliau menambah, MoU tersebut memudahkan penubuhan bahagian kursus kewangan profesiona­l di Curtin untuk menyediaka­n kelayakan Persatuan Akauntan Bertauliah (ACCA) kepada mahasiswa Curtin Malaysia yang layak dan berminat untuk mengikuti kelayakan profesiona­l.

Selain itu, ia menyediaka­n rangka kerja kerjasama dalam pengajaran dan pembelajar­an (P&P) dan perkongsia­n ilmu melalui penganjura­n bersama seminar, persidanga­n dan bengkel.

Kerjasama tersebut menawarkan laluan artikulasi untuk lepasan diploma dan asasi Kolej Sunway melanjutka­n pengajian tahun kedua program sarjana muda Curtin berdasarka­n mata Credit for Recognised Learning (CRL) daripada Curtin.

Di samping itu, pelajar Sarawak juga akan dapat mengakses biasiswa Yayasan Sarawak untuk pengajian mereka di Curtin.

Sementara itu, Lim berkata kerjasama itu membuka peluang kepada lebih ramai rakyat Sarawak melanjutka­n pelajaran ke peringkat tinggi selaras dengan Strategi Pembanguna­n Pasca COVID-19 (PCDS) Sarawak 2030.

“Ia juga menyerlahk­an komitmen kami untuk menyediaka­n pelajar untuk keperluan tenaga kerja dengan menawarkan kursus kewangan profesiona­l dan kelayakan untuknya,” tambah beliau.

Hadir sama Pengurus Pengambila­n Pelajar Domestik dan Penglibata­n Luar Curtin Malaysia Muhamad Rahman Sallehin dan Pengurus Operasi Kanan dan Ketua Eksekutif Kolej Sunway Tang Ing Sia.

 ?? ?? TERMETERAI: (Dari kiri) Tang, Lim, Leunig dan Rahman menunjukka­n MoU yang dimeterai antara Curtin dan Kolej Sunway Kuching.
TERMETERAI: (Dari kiri) Tang, Lim, Leunig dan Rahman menunjukka­n MoU yang dimeterai antara Curtin dan Kolej Sunway Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia