Utusan Borneo (Sarawak)

Paip lama cabaran utama tangani gangguan bekalan air

Kerajaan negeri cadang kajian dan pemetaan terperinci dijalankan bagi memeta lokasi jajaran saluran paip air sedia ada

-

KUCHING: Saluran paip air yang sudah berusia menimbulka­n cabaran terbesar dalam menangani gangguan bekalan air tidak berjadual di Sarawak, kata Menteri Utiliti dan Telekomuni­kasi Datuk Julaihi Narawi.

Beliau berkata, cabaran itu dihadapi semua agensi bekalan air di negeri ini iaitu Lembaga Air Kuching (KWB), Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak (JBALB), Lembaga Air Sibu (LAS) dan LAKU Management Sdn Bhd.

“Lokasi saluran paip air juga merupakan satu lagi cabaran kepada kami. Kami perlu mengesan saluran paip untuk mengetahui punca sebarang kebocoran. Ia masalah utama yang dihadapi oleh agensi bekalan air, selain KWB,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Malam Apresiasi KWB di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, malam kelmarin.

Sehubungan itu, Julaihi berkata kerajaan negeri mencadangk­an agar kajian dan pemetaan terperinci dijalankan bagi memeta lokasi jajaran saluran paip air sedia ada.

“Saya rasa sekarang ini tiada organisasi penjajaran saluran paip air yang jelas. Paip boleh diletakkan di bawah jalan atau di dalam longkang dan sudah tiba masanya kita memerlukan kajian untuk mencari penjajaran saluran paip sedia ada kita,” jelasnya.

Bagaimanap­un, Julaihi melahirkan rasa terima kasih kepada semua kakitangan KWB yang bertungkus­lumus mengesan lokasi kebocoran bagi memulihkan bekalan air kepada penduduk terjejas dengan kadar segera.

Selain itu, beliau menekankan KWB perlu mencari sumber air lain kerana agensi itu juga membekalka­n

air ke luar Kuching iaitu ke Serian dan Samarahan melalui penyaluran air ke JBALB.

Menurutnya, cadangan

telah dibuat untuk membina loji rawatan air baharu di Landeh untuk KWB.

Selain itu, Julaihi berkata pelan induk berkaitan

bekalan air negeri hampir siap dan kerajaan negeri sedang meneliti pelaksanaa­n cadangan yang disenaraik­an.

Bagi penggabung­an empat agensi bekalan air yang telah lama dirancang menjadi satu entiti, beliau memberi jaminan kerajaan negeri akan menjaga kebajikan 4,000 kakitangan di agensiagen­si berkenaan dengan sesi penglibata­n diadakan secara berterusan.

Sebuah jawatankua­sa pemandu baharu yang dipengerus­ikan Julaihi juga telah ditubuhkan bagi memastikan kelancaran peralihan empat agensi itu menjadi satu entiti dalam tempoh dua tahun.

Turut berlangsun­g pada malam penghargaa­n itu ialah penyampaia­n anugerah perkhidmat­an cemerlang kepada 47 kakitangan dan penganuger­ahan sijil pengiktira­fan perkhidmat­an setia kepada 32 kakitangan.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomuni­kasi Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi dan Pengurus Besar KWB Rodziah Mohamad.

Lokasi saluran paip air juga merupakan satu lagi cabaran kepada kami. Kami perlu mengesan saluran paip untuk mengetahui punca sebarang kebocoran. Ia masalah utama yang dihadapi oleh agensi bekalan air, selain KWB.

Datuk Julaihi Narawi Menteri Utiliti dan Telekomuni­kasi

 ?? — Gambar Chimon Upon ?? KETIBAAN: Julaihi (tengah) diiringi Dr Abdul Rahman (kiri) dan Rodziah (belakang) tiba di BCCK untuk menghadiri Majlis Malam Apresiasi KWB di BCCK, malam kelmarin.
— Gambar Chimon Upon KETIBAAN: Julaihi (tengah) diiringi Dr Abdul Rahman (kiri) dan Rodziah (belakang) tiba di BCCK untuk menghadiri Majlis Malam Apresiasi KWB di BCCK, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia