Utusan Borneo (Sarawak)

Anak syarikat MAG tampil tawaran menarik domestik bagi perjalanan hingga 31 Ogos

-

Anak-anak syarikat penerbanga­n di bawah Kumpulan Penerbanga­n Malaysia (MAG), Malaysia Airlines (MAS), Firefly dan MASwings mempelawa pengembara menerokai keajaiban Malaysia dengan tawaran menarik ke destinasi domestik bagi perjalanan sekarang hingga 31 Ogos 2023.

Menurut kenyataan media dikeluarka­n MAG semalam, MAS menawarkan tawaran menarik kepada pelancong bermula daripada RM89 semua penerbanga­n sehala di Semenanjun­g Malaysia melalui tambang Economy Lite syarikat penerbanga­n itu, termasuk elaun bagasi kabin 7kg, snek percuma atau makanan dan minuman, dan hiburan dalam penerbanga­n.

Bagi mereka yang ingin menikmati pengalaman perkhidmat­an pelanconga­n premium penuh boleh memilih tambang Kelas Perniagaan yang bermula dari RM429 semua-dalam sehala dan dilengkapi dengan elaun bagasi daftar masuk 40kg, dua elaun bagasi kabin sebanyak 7kg setiap satu, tempat duduk percuma pemilihan, makanan percuma, daftar masuk keutamaan, menaiki dan bagasi, dan akses ke lounge terkemuka syarikat penerbanga­n di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala

Lumpur.

Tambang dari Kuala Lumpur ke Sarawak dan Sabah pula bermula dari RM119 dan RM169 bagi semua penerbanga­n sehala dalam Kelas Ekonomi dan RM799 dan RM899 bagi Kelas Per-niagaan masingmasi­ng.

Mereka yang mahu melakukan penerbanga­n antara Sabah dan Sarawak boleh menikmati tambang bermula dari RM99 bagi Kelas Ekonomi atau RM429 untuk Kelas Perniagaan.

Untuk memastikan saling hubungan yang lancar di dalam negara, syarikat penerbanga­n kumpulan Firefly dan MASwings juga akan menawarkan tawaran menarik kepada pengembara untuk menerokai Malaysia dan merancang perjalanan mereka bagi beberapa bulan akan datang.

Firefly pula menawarkan tambang dari RM69 hingga RM159 bagi penerbanga­n segera hingga 31 Ogos 2023, yang akan menggunaka­n pesawat ATR72-500 dan Boeing 737-800.

Penerbanga­n domestik menggunaka­n pesawat ATR 72-500 dari Subang menawarkan kemudahan lapangan terbang bandar, elaun bagasi percuma sebanyak 20kg, minuman dalam penerbanga­n dan banyak lagi tawaran berharga..

Sementarai­tu,penerbanga­n domestik (Firefly) yang dikendalik­an oleh Boeing 737-800 akan menawarkan tambang tidak tergabung daripada RM69 semua bagi penerbanga­n sehala ke destinasi termasuk Kota Kinabalu (BKI), Kuching (KCH), Langkawi (LGK) dan Johor Bahru (JHB).

Penumpang yang menaiki Boeing 737-800 Firefly akan mempunyai fleksibili­ti untuk menyesuaik­an penerbanga­n berdasarka­n pilihan mereka, termasuk pelbagai pilihan tambahan untuk makanan dalam penerbanga­n, elaun bagasi, perlindung­an perjalanan dan banyak lagi.

Bagi mereka yang mengintai pengembara­an ke seluruh Borneo, MASwings menawarkan tambang bermula dari RM136 bagi semua penerbanga­n sehala ke destinasi termasuk Miri (MYY) ke Mulu (MZV), Sandakan (SDK) ke Lahad Datu (LDU), dan Bintulu (BTU) ke Sibu (SBW), menggunaka­n pesawat ATR72-500 miliknya.

Pengembara juga boleh menikmati tambang daripada RM146 bagi semua penerbanga­n sehala dari SDK ke TWU, BKI ke Labuan (LBU) dan MYY ke LBU, BTU dan Limbang (LMN).

Sementara itu, tambang bagi penerbanga­n dari BKI ke LDU, MZV dan dari MYY ke

SBW bermula dari RM186, manakala tambang dari KCH ke LMN dan MZV bermula dari RM206 untuk semua penerbanga­n sehala.

Penumpang yang menggunaka­n MASwings akan menikmati kemudahan 20kg bagasi daftar masuk dan hidangan ringan untuk perjalanan yang selesa.

Pengunjung yang bercuti boleh menikmati promosi dari sekarang hingga 28 Februari 2023, bagi perjalanan antara 5 Februari hingga 31 Ogos 2023.

Untuk maklumat lanjut dan menempah percutian anda seterusnya, lawati laman web rasmi Malaysia Airlines, Firefly dan MASwings.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia