Utusan Borneo (Sarawak)

1/3 kerusi Parlimen Sabah dan Sarawak masih dibincang

Penyelesai­an perkara itu akan mengambil masa dua hingga tiga tahun kerana ia perlu melalui banyak peringkat: Fadillah

-

KUALA LUMPUR: Isu berkaitan komposisi satu pertiga kerusi Sabah dan Sarawak di Dewan Rakyat seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) masih di peringkat perbincang­an, kata Timbalan Perdana Menteri Dato Sri Fadillah Yusof.

Beliauberk­ata,penyelesai­an perkara itu akan mengambil masa dua hingga tiga tahun kerana ia perlu melalui banyak peringkat yang melibatkan pelbagai pihak, termasuk tiga jawatankua­sa utama iaitu Jawatankua­saUrusetia­MA63, Jawatankua­sa Teknikal MA63 dan Majlis Tindakan Pelaksanaa­n MA63.

Beliau berkata, Jawatankua­sa Teknikal MA63 yang dipengerus­ikan beliau sendiri akan membincang­kan perkara MA63 berdasarka­n topik, dan memberikan keutamaan kepada isu-isu yang tidak melibatkan masalah undang-undang mahupun teknikal yang mendalam.

“Apabila diputuskan di peringkat teknikal, barulah ia dibawa ke Majlis Tindakan Pelaksanaa­n untuk kelulusan terakhir, supaya dibawa ke kabinet dan akhirnya dibawa ke kementeria­n-kementeria­n untuk membuat pindaan kepada segala undang-undang berkaitan.

“Jadi proses itu masih panjang. Kita juga kena dapatkan persetujua­n kabinet, lepas itu dibawa ke Parlimen, dan Parlimen pula memerlukan persetujua­n dua pertiga.

“Kalau tidak disetujui, maka ia tidak boleh lulus,” katanya kepada pemberita selepas program temu bual Naratif Khas Bersama Timbalan Perdana Menteri di Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam kelmarin.

Fadillah yang juga Menteri

Perladanga­n dan Komoditi berkata, agihan satu pertiga kerusi Parlimen kepada Sabah dan Sarawak penting supaya Semenanjun­g tidak akan dapat meminda Perlembaga­an yang mungkin melenyapka­n atau menghilang­kan hak dua wilayah berkenaan seperti yang termaktub dalam MA63.

“Mengapa kerusi 30 peratus mesti diagihkan kepada Sabah dan Sarawak, (kerana) kalau (pinda) Perlembaga­an, ada perkarayan­gmestidipu­tuskan dengan dua pertiga, (dan) jika (negeri-negeri) Semenanjun­g semuaberga­bungnakbat­alkan hak Sabah dan Sarawak, ia boleh dilaksanak­an di Parlimen tanpa rundingan dengan Sabah dan Sarawak, sebab itu ia (komposisi kerusi bagi Sabah dan Sarawak) dituntut,” katanya.

Selain tuntutan agihan kerusi Parlimen, beliau juga menjelaska­n aspek

Apabila diputuskan di peringkat teknikal, barulah ia dibawa ke Majlis Tindakan Pelaksanaa­n untuk kelulusan terakhir, supaya dibawa ke kabinet dan akhirnya dibawa ke kementeria­nkementeri­an untuk membuat pindaan kepada segala undang-undang berkaitan.

Dato Sri Fadillah Yusof Timbalan Perdana Menteri

penyerahan kuasa mengenai hal ehwal pendidikan dan kesihatan seperti yang termaktub dalam MA63 juga masih di peringkat perbincang­an.

Berhubung slogan ‘Sarawak

First’, Fadillah berkata ia diwujudkan bagi mengembali­kan semangat rakyat Sarawak untuk membina serta membangun bersama Malaysia, dan meskipun wujud ‘suara’ untuk membawa keluar Sarawak dari Malaysia, kepimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) komited untuk kekal dalam negara ini.

Menyentuh mengenai Malaysia Madani, Fadillah berkata konsep yang dibawa oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu bukan sahaja untuk mengukur pembanguna­n daripada aspek ekonomi serta fizikal, tetapi juga memberikan manfaat dalam konteks insaniah.

“Ia supaya (Malaysia Madani) menjadi satu budaya apabila pembanguna­n bukan sahaja daripada konteks fizikal tetapi bagaimana manfaatnya kepada konteks insaniah,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BICARA: Fadillah ketika hadir bagi sesi temu bual Program Naratif Khas terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) di Wisma Berita, Angkasapur­i malam kelmarin.
— Gambar Bernama BICARA: Fadillah ketika hadir bagi sesi temu bual Program Naratif Khas terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) di Wisma Berita, Angkasapur­i malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia