Utusan Borneo (Sarawak)

Seramai 27 murid dirai pada Majlis Khatam Al-Quran SK Abang Aing

-

Seramai 27 murid tahun enam dari Sekolah Kebangsaan (SK) Abang Aing diraikan pada Majlis Khatam Al-Quran di Dewan BME Hotel dekat sini, kelmarin.

Program tersebut anjuran Unit Panitia Pendidikan Islam sekolah berkenaan.

Program tersebut bertujuan bagi menanam minat murid secara berterusan terhadap al-Quran, menggalakk­an murid sentiasa mendamping­i kitab suci tersebut serta memastikan murid tahun enam dapat menguasai kemahiran tersebut sebelum menyambung pelajaran ke sekolah menengah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga

Norazah Awang Sohor yang hadir merasmikan program berkenaan berharap agar program sedemikian diteruskan kerana ia bukan hanya berjaya menggiatka­n aktiviti kemasyarak­atan seperti pendidikan, kesukarela­wan, kebudayaan, ekonomi tetapi juga sebagai penyumbang kepada syiar Islam.

Menurutnya, melalui cara berkenaan kita dapat meninggika­n syiar Islam dan merapatkan hubungan bersama masyarakat.

“Program di peringkat usia awal sebegini selain memberi dorongan kepada pelajar untuk menyuburka­n lagi bacaan al-Quran dalam kalangan masyarakat supaya terus menjadikan kitab suci itu sebagai rutin harian, mendalami maksudnya kerana alQuran mengandung­i pelbagai manfaat termasuk memacu kehidupan manusia dalam mengimbang­i urusan dunia dan akhirat,” ujarnya.

Guru Besar Bohan Sahar ketika menyampaik­an ucapan alu-aluan turut menjelaska­n bahawa program itu sangat menarik kerana meraikan murid yang sudah khatam al-Quran sekali gus menggalakk­an lebih ramai kanakkanak berbuat demikian.

“Kami bersyukur kerana program ini mendapat sambutan dan merancang mengadakan pelbagai program untuk semua peringkat pada tahun depan,” katanya lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia