Utusan Borneo (Sarawak)

Pembinaan Jalan Jemoreng-Sg Passin disambung semula April

Kontraktor penyelamat akan sambung kerja tergendala, kata Aidel ”

- Oleh Mohamad Achil Norrlatep Ir Aidel Lariwoo Timbalan Menteri Infrastruk­tur dan Pembanguna­n Pelabuhan

MUKAH: Pembinaan Jalan Jemoreng ke Sungai (Sg) Passin dijangka bermula semula pada April ini.

Timbalan Menteri Infrastruk­tur dan Pembanguna­n Pelabuhan Ir Aidel Lariwoo berkata, kontraktor penyelamat akan dilantik bagi menyambung semula kerjakerja yang tergendala sejak setahun lalu.

“Kontrak asal kontraktor projek jalan Sg Passin-Jemorong telah ditamatkan pada bulan Ogos tahun 2022,” katanya kepada Utusan Borneo ketika lawatannya ke Sg Passin dekat sini pada Isnin.

Kontraktor penyelamat bagi projek itu katanya, akan dilantik segera oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) demi memastikan projek dapat disiapkan.

“Sudah pasti projek jalan sepanjang 17.6 kilometer ini tidak akan dibiarkan begitu sahaja tanpa disiapkan.

“Projek ini merupakan salah satu projek penting bagi penduduk di kawasan ini.

“Ini kerana dengan penyiapan jalan tersebut nanti, kemudahan-kemudahan lain akan lebih mudah untuk dibawa,” katanya.

Kemudahan dimaksudka­n adalah seperti bekalan elektrik dan juga air bersih yang akan menyusul ke kawasan itu.

Sudah pasti, semua kemudahan itu akan memberi manfaat kepada semua penduduk di situ.

Jalan Jemoreng-Sg Passin diilhamkan Ahli Dewan Undangan Negwri (ADUN) Daro Safiee Ahmad dan pembinaann­ya diluluskan oleh kerajaan negeri.

Namun ia telah dikenal pasti sebagai salah satu projek bermasalah di mana kontrak kontraktor asal telah ditamatkan dan digantikan dengan kontraktor penyelamat.

Turut hadir bersamanya ADUN Daro Safiee Ahmad.

“Sudah pasti projek jalan sepanjang 17.6 kilometer ini tidak akan dibiarkan begitu sahaja tanpa disiapkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia