Utusan Borneo (Sarawak)

SMK Lutong, Kolej Yayasan Saad Melaka juara SSIDC Swinburne Sarawak Ke-18

-

SMK Lutong, Miri muncul juara Kategori Senior Kejohanan Debat Antara Sekolah (SSIDC) Swinburne Sarawak Ke-18, manakala Kategori Junior dimenangi oleh Kolej Yayasan Saad Melaka.

Bagi Kategori Senior yang melibatkan pelajar Tingkatan 4 dan 5, pasukan yang terdiri daripada Ryan Foh Jing Yee, Andrea Ong Li Wei dan Kalpana A/P Murugayah dari SMK Lutong menewaskan Daphne Ngu Dai Ning, Michelle Ting Chiong Sung dan Rachael Chai Xin Ru dari Sekolah Swasta St Joseph yang membahaska­n debat bertajuk ‘This House would subsidise cosmetic surgery’.

Dalam kategori ini, Pendebat Terbaik akhir dimenangi Ryan Foh Jing Yee.

Bagi Kategori Junior yang melibatkan pelajar Tingkatan 1 hingga 3 pula, Eriz Fazli Faiz Hussin, Daania Aaleysha Khairudin dan Tuah Nur Azman dari Kolej Yayasan Saad Melaka menewaskan pasukan SMK Lutong yang

terdiri daripada Badzlin Balqis Bahtair, Rachel Kok Kah-Ern dan Vellan Yue Yaang yang membahaska­n debat bertajuk ‘This House supports the use of paid protestors in feminist protests.’

Eriz Fazli Faiz Hussin memenangi anugerah Pembahas Terbaik akhir bagi kategori ini.

Diendors oleh Kementeria­n Pendidikan, SSIDC ialah kejohanan debat bahasa Inggeris terbesar di Borneo.

Memasuki tahun ke-18 tahun ini, seramai 192 pelajar dari seluruh negara serta Wifmi Academy Sintang dari Indonesia mengambil bahagian, membentuk 36 pasukan dalam Kategori Senior dan 28 pasukan dalam Kategori Junior.

Dua puluh tiga sekolah telah diwakili, dengan empat sekolah dari Semenanjun­g Malaysia mengambil bahagian iaitu Kolej Yayasan Saad, Melaka; SM Sains Kota Tinggi, Johor; SM Sains Rembau, Negeri Sembilan dan SMJK Sin Min, Kedah,

Sabah Tshung Tsin Secondary School turut terbang untuk menyertai SSIDC.

Di Sarawak, majoriti pasukan adalah dari Kuching dengan yang lain datang dari Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang, SMK Chung Hua Miri dan SMK Lutong di Miri, MRSM Mukah dan SMK St Anthony di Sarikei.

Merupakan inisiatif oleh Swinburne Debaters’ Club, matlamat SSIDC adalah untuk menggalakk­an pelajar di sekolah menengah di Sarawak berdebat dalam bahasa Inggeris dan mengasah kemahiran lisan dan komunikasi serta penaakulan dan kemahiran pemikiran kritis mereka.

Berucap pada Majlis Penyampaia­n Anugerah itu, Dekan Eksekutif (Akademik)

Swinburne Sarawak Ir Profesor Sim Kwan Yong, mewakili Naib Canselor Pro dan Ketua Pegawai Eksekutif Ir Profesor Lau Hieng Ho, memuji semua pelajar yang mengambil bahagian dalam kejohanan itu sambil berkata, pemikiran kritis dan kemahiran berpidato yang mereka kembangkan akan membantu dalam pengajian universiti dan di tempat kerja masa depan mereka.

Pendebat Terbaik keseluruha­n dalam pusingan awal dimenangi Daphne Ngu Dai Ning dari Sekolah Swasta St Joseph bagi Kategori Senior dan Eriz Fazli Faiz Hussin dari Kolej Yayasan Saad Melaka untuk Kategori Junior.

Turut hadir pada Majlis Penyampaia­n Anugerah

PeringkatA­khirdanAnu­gerah ialah Timbalan Pengarah, Sektor Pembanguna­n Pelajar Zamzaitul Akmal Hisham Ahmad yang mewakili Pengarah Pendidikan Negeri, Pengarah Pusat Bahasa Inggeris Datin Dr Valerie Mashman dan Ketua Pendidikan dan Latihan Pemulihara­an Sarawak Forestry Corporatio­n Bistari Mahmood yang mewakili Ketua Pegawai Eksekutifn­ya.

Untuk maklumat lanjut mengenai Swinburne Sarawak, layari laman webnya (www.swinburne.edu.my), halaman Facebook (@swinburnes­arawak), Instagram (@ swinburnes­arawak), halaman Twitter (@Swinburne_Swk) atau saluran YouTube (Swinburne Sarawak).

 ?? ?? UNTUK ALBUM: Seramai 192 pelajar bertanding dalam SSIDC ke-18 merakamkan kenangan.
UNTUK ALBUM: Seramai 192 pelajar bertanding dalam SSIDC ke-18 merakamkan kenangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia