Utusan Borneo (Sarawak)

54 peserta ikuti sesi latihan TOT NREB-SEB

-

KUCHING: Seramai 54 peserta terdiri daripada kakitangan Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB) dan kakitangan Sarawak Energy Berhad menganjurk­an Bengkel NREB-SEB Environmen­tal Practition­ers Training of Trainers (TOT) selama tiga hari sempena sambutan Hari Tanah Lembab Sedunia 2023.

Menurut kenyataan bersama NREB dan SEB semalam, program yang diadakan di Damai Beach Resort Kuching dari 1 hingga 3 Februari itu bertemakan ‘Wetland Restoratio­n.’

Ia katanya, bertujuan melatih dan memberi pendedahan kepada peserta dalam mengendali­kan program-program berkaitan pendidikan alam sekitar.

Jelasnya, program itu sekali gus membentuk pengamal alam sekitar yang berkemahir­an tinggi dan sentiasa peka terhadap isu alam sekitar semasa.

“Peserta yang telah berjaya menamatkan sesi latihan TOT ini akan diberi peluang untuk menggunaka­n kemahiran mereka sebagai fasilitato­r Bengkel Pendidikan Alam Sekitar untuk Guru Penasihat Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) Peringkat Negeri Sarawak kelak.

“Antara aktiviti yang diadakan ialah ‘plog and hike’ pada 2 Februari bertempat di Pantai Puteri Santubong.

“Aktiviti ini dilakukan bersama 15 ahli Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Kampung Santubong,” katanya sambil menambah, orang ramai diharap agar dapat memupuk sikap tanggungja­wab untuk menjaga alam sekitar bersama menerusi aktiviti tersebut.

Dalam pada itu, kenyataan itu memaklumka­n bengkel penutup pada 3 Februari akan dihadiriol­ehKontrole­rKualiti Alam Sekitar Sarawak Peggy Ronin Edin bersama General Manager for Health, Safety and Environmen­t (HSE) Ir Robin Tigai dan Senior Vice President Health, Safety, Security and Environmen­t Marconi Madai dari Sarawak Energy Berhad.

 ?? ?? PELIHARA ALAM SEKITAR: Peserta Bengkel NREB-SEB Environmen­tal Practition­ers Training of Trainers (TOT) merakamkan gambar kenangan.
PELIHARA ALAM SEKITAR: Peserta Bengkel NREB-SEB Environmen­tal Practition­ers Training of Trainers (TOT) merakamkan gambar kenangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia