Utusan Borneo (Sarawak)

Ahli MPDM diseru bantu perluas pergerakan pengakap

Ia boleh dilakukan dengan berinterak­si dengan ibu bapa, galak penyertaan anak mereka dalam pergerakan pengakap

- Oleh Patricia Gari

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong Fazzrudin Abdul Rahman mahu semua ahli Majlis Pengakap Daerah Matang (MPDM) memberi komitmen tinggi membantu pemimpin pengakap mengembang­kan pergerakan itu.

Beliau berkata, ia boleh dilakukan dengan berinterak­si dengan ibu bapa bagi menggalakk­an penyertaan­anakmereka­dalam pergerakan pengakap.

Ini kerana menurut Fazzruddin yang juga Yang Dipertua Majlis Pengakap Daerah Matang, dengan menyertai pergerakan itu, kanak-kanak akan mendapat pelbagai faedah, antaranya pembentuka­n perwatakan, disiplin, tingkah laku, kesopanan, integriti, patriotism­e dan ketekunan.

“Saya juga menyaranka­n Pesuruhjay­a Daerah dan pemimpin menumpukan kepada program-program di sekolah-sekolah yang telah berdaftar sebagai daya tarikan kepada kumpulan pengakap lain untuk kembali aktif.

“Di samping membina jaringan kerjasama dengan pihak berkaitan seperti Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dan Ibu Pejabat Pengakap Sarawak demi membentuk generasi muda sihat serta berwawasan,” katanya ketika menerima kunjungan hormat daripada MPDM di pejabat beliau di Jalan Astana di sini, semalam.

Rombongan itu diketuai Pesuruhjay­a Daerah Matang Abdul Rahim Abol.

Kunjungan tersebut bertujuan menjelaska­n perancanga­n aktiviti dan

Saya juga menyaranka­n Pesuruhjay­a Daerah dan pemimpin menumpukan kepada program-program di sekolahsek­olah yang telah berdaftar sebagai daya tarikan kepada kumpulan pengakap lain untuk kembali aktif.

Fazzrudin Abdul Rahman ADUN Tupong

program Pengakap Daerah Matang bagi tahun 2023 serta memohon sokongan bagi menjayakan program pengakap.

Abdul Rahim menerangka­n

pada tahun 2022, Daerah Matang mempunyai 36 sekolah rendah dan menengah dengan 549 murid dan 50 guru telah mendaftark­an diri sebagai ahli pengakap.

Beliau katanya, ingin melonjakka­n jumlah pendaftara­n keahlian bagi tahun 2023 dan sedang berusaha memperheba­t pergerakan pengakap Daerah

Matang menerusi kerjasama padu daripada semua ahli Majlis Pengakap Daerah Matang.

Dalam pada itu, Pengerusi MPDM Mohd Sabri Sahak memberitah­u langkah pertama yang telah dimulakan ialah usaha mengumpul dana bagi membiayai program yang telah dirancang bagi sesi 2023.

Menurut beliau, hasrat menjadikan pertubuhan pengakap di Daerah Matang sebagai salah sebuah daerah yang aktif merupakan misi besardisam­pingdapatm­enjadi wahana untuk berkhidmat kepada masyarakat awam.

Turut hadir Setiausaha MPDM Khairool Aziman Tuah, Mohd Khairuzie Bolhassan selaku Bendahari dan Ahli Majlis Gulbudin Hekmateyer Rahman.

 ?? ?? MANFAATKAN SEBAIKNYA: Fazzrudin (tiga kiri) menyerahka­n cek sumbangan kepada Abdul Rahman sambil disaksikan yang lain.
MANFAATKAN SEBAIKNYA: Fazzrudin (tiga kiri) menyerahka­n cek sumbangan kepada Abdul Rahman sambil disaksikan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia