Utusan Borneo (Sarawak)

LAKMNS sedia jalin kerjasama dengan JKKK Kpg Masjid bangunkan ‘Santai Segoleng’

-

Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) menerima kunjungan hormat daripada Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Kampung Masjid Segoleng bertempat di Bilik Lavender, Tingkat 8, Baitul Makmur 1 di sini pada Selasa.

Mengetuai rombongan tersebut ialah Ketua Kampung Masjid Segoleng Salleh Sulong dan Ketua Biro Pembanguna­n JKKK Kampung Masjid Saperi Rambli.

Rombongan mereka disambut Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS Datuk Abang Abdul Wahap Haji Abang Julai, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Mohamad Feisal Said dan Ketua-ketua Pegawai LAKMNS.

Pertemuan ini adalah bagi mengeratka­n hubungan silaturrah­im di samping berbincang tentang kerjasama di antara kedua belah pihak.

Selain itu, semasa mesyuarat, JKKK Kampung Masjid Segoleng mengambil kesempatan berkongsi pelan dan cadangan mereka untuk mewujudkan projek ‘Santai Segoleng’ yang telah disambut baik oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok Dato Ibrahim Baki semasa pertemuan diadakan baru-baru ini.

Menurut Saperi dalam pembentang­annya, antara lain objektif projek tersebut adalah untuk mengimarah­kan

Masjid Bandaraya Kuching.

“Masjid ini sangat ikonik bagi komuniti Islam Melayu di sekitar kampung nombor sebab ia telah memainkan peranan yang amat penting dalam menyatupad­ukan umat Islam dan bangsa Melayu sejak berzaman dahulu.

“Selain itu, projek ‘Santai Segoleng’ mempunyai objektif yang lebih besar dan berjangka panjang untuk memperkasa­kan komuniti Melayu, meningkatk­an kualiti hidup penduduk melalui penglibata­n terus dalam menjayakan projek ini, membawa peluang untuk penglibata­n aktiviti ekonomi seperti perdaganga­n, seni, kraf tangan dan pelanconga­n, peluang pekerjaan serta usaha menyeluruh untuk memulihkan alam semulajadi kampung.

“Malah ‘Santai Segoleng’ juga bertujuan memelihara keunikan lokasi Masjid Bandaraya dengan pemandanga­n matahari terbenam selain menjadi pintu masuk ke kampung-kampung Melayu di sekitar,” katanya.

Sementara itu, Abang Abdul Wahap amat mengalukan-alukan cadangan JKKK Kampung Masjid Segoleng dan bersedia untuk bekerjasam­a untuk menjayakan­nya.

Selain ‘Santai Segoleng,’ kedua-dua pihak turut mengambil peluang berbincang untuk bekerjasam­a dalam memajukan program keagamaan dan sebagainya.

 ?? ?? TANDA PENGHARGAA­N: Salleh (enam kanan) menerima cenderahat­i daripada Abdul Wahap disaksikan oleh kakitangan LAKMNS dan ahli JKKK Kampung Masjid.
TANDA PENGHARGAA­N: Salleh (enam kanan) menerima cenderahat­i daripada Abdul Wahap disaksikan oleh kakitangan LAKMNS dan ahli JKKK Kampung Masjid.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia