Utusan Borneo (Sarawak)

Pendingin hawa baharu akan dipasang di Pejabat Imigresen UTC Miri: Chiew

-

MIRI:Pemasangan­pendingin hawa baharu di Pejabat Jabatan Imigresen di Pusat Transforma­si Bandar (UTC) akan memberi keselesaan kepada pengunjung.

Ahli Parlimen Miri Chiew Choon Man berkata, beliau dimaklumka­n kerja-kerja pemasangan dijangka dilakukan pada bulan ini.

“Kami mendapat maklum bahawa wakil dari Kementeria­n Kewangan telah datang menjalanka­n pemeriksaa­n di UTC Miri dan Kerajaan Persekutua­n telah meluluskan peruntukan untuk menggantik­an pendingin hawa yang rosak di UTC Miri.

“Keutamaan akan diberikan kepada Pejabat Imigresen dan dijangkaka­n pendingin hawa baharu akan siap dipasang pada bulan ini,” jelas beliau.

Beliau yang ditemani Ketua Pemuda Sosialis Parti Tindakan Demokratik (DAPSY) Sarawak Peter Hee telah mengadakan lawatan di UTC, semalam.

Menurut Chiew, kerosakan pendingin hawa di Pejabat Jabatan Imigresen UTC Miri antara isu yang kerap diadukan pengunjung kerana menyebabka­n keadaan tidak selesa ketika menunggu giliran.

Beliau turut dimaklumka­n mesin tambahan untuk membuat pasport telah diberikan kepada Pejabat Imigresen Miri dan dalam proses pemasangan.

Selain itu, tujuh anggota tambahan juga akan

ditempatka­n di pejabat itu.

“Diharapkan dengan usaha ini, kita dapat mencepat proses pengendali­an passport dan memenuhi keperluan tempatan,” tambahnya.

Beliau berterima kasih kepada pihak Jabatan Imigresen Sarawak, pengurus UTC dan juga Pejabat Imigresen Bahagian Miri yang sering berusaha untuk membuat penambahba­ikan dan mencuba sedaya upaya untukmembe­riperkhidm­atan yang terbaik kepada rakyat.

 ?? ?? PENERANGAN: Chiew (dua kanan) dan Hee (dua kiri) ketika mendengar penerangan dari wakil pengurusan UTC ketika lawatan semalam.
PENERANGAN: Chiew (dua kanan) dan Hee (dua kiri) ketika mendengar penerangan dari wakil pengurusan UTC ketika lawatan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia