Utusan Borneo (Sarawak)

Lot 777, kawasan lapang depan Bank Rakyat lokasi bazar Ramadan MDL

-

Majlis Daerah Limbang (MDL) menetapkan kawasan Lot 777 dan kawasan lapang hadapan Bank Rakyat Limbang sebagai lokasi bazar Ramadan tahun ini dengan menyediaka­n kemudahan kanopi di kawasan berkenaan bagi memastikan peniaga dapat berniaga dengan lebih selesa.

Wali Kota MDL Kaunselor Sufian Mohat berkata, sebanyak 153 lot disediakan pada bazar Ramadan kali ini melibatkan kategori berasap, panggang, bermasak, kategori makanan, kuih muih, minuman, kek, biskut dan juga pakaian.

“Pihak MDL akan membuka ruang dan peluang kepada peniaga-peniaga di daerah Limbang bermula pada 13 Februari ini dan borang boleh didapati di pejabat MDL.

“Kali ini juga kita menempatka­n bazar Ramadan di Lot 777 dan juga di hadapan Bank Rakyat Limbang dengan menyediaka­n sekitar 153 lot,” katanya pada sidang media bazar Ramadan di pejabat MDL, semalam.

Beliau berkata, pihaknya menetapkan bayaran permit RM230 bagi kategori berasap, panggang, bermasak, masakan dan kuih-muih.

“Manakala untuk kategori kek dan biskut sebanyak RM180 dan untuk bayaran permit bagi kategori kain dan baju iaitu sebanyak RM300,” katanya lagi.

Jelasnya, selain menyediaka­n kemudahan kanopi untuk berniaga, pihaknya turut menyediaka­n singki bagi memudahkan peniaga mencuci barangan jualan dan bekalan elektrik.

Dalam pada itu beliau berkata, Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) dan orang perseorang­an yang ingin mengadakan bazar Ramadan di kawasan kampung perlu memohon permit kepada MDL.

“Kita di peringkat Majlis berharap para peniaga mematuhi syarat dan peraturan yang akan ditetapkan di peringkat MDL yang akan diselitkan dalam borang yang akan kita keluarkan nanti kepada para peniaga,” katanya lagi.

 ?? ?? SIDANG MEDIA: Sufian (duduk, dua kiri) pada sidang media bazar Ramadan semalam.
SIDANG MEDIA: Sufian (duduk, dua kiri) pada sidang media bazar Ramadan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia