Utusan Borneo (Sarawak)

Perketat pemeriksaa­n, rondaan di kawasan tumpuan pelancong

Ia bagi memastikan keselamata­n pelawat, destinasi pelanconga­n

- Oleh Ambrose Rirang

Anggota PDRM bukan sahaja memikul tanggungja­wab besar dengan menjaga keselamata­n orang ramai, tetapi juga mempertaha­nkan kedaulatan negara dengan menjaga pintu sempadan negara termasuk laluan-laluan tikus daripada ancaman penceroboh.

BINTULU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) harus kerap menjalanka­n pemeriksaa­n serta rondaan di kawasan tumpuan pelancong bagi memastikan keselamata­n pengunjung, kata Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bintulu berkata, sebagai sebuah negara yang menjadi salah sebuah destinasi pelanconga­n terkemuka di rantau ini, PDRM memainkan peranan penting bagi membendung kegiatan jenayah khususnya yang melibatkan pelancong serta destinasi pelanconga­n itu sendiri bagi memastikan mereka berasa selamat semasa melawat negara ini.

“Anggota PDRM bukan sahaja memikul tanggungja­wab besar dengan menjaga keselamata­n orang ramai, tetapi juga mempertaha­nkan kedaulatan negara dengan menjaga pintu sempadan negara termasuk laluan-laluan tikus daripada ancaman penceroboh,” ujarnya dalam kenyataan media semalam.

Datuk Seri Tiong King Sing

Selain itu katanya, aspek keselamata­n ini juga berkait rapat dengan industri pelanconga­n yang mana setiap pelancong atau pengembara akan meneliti, mengkaji dan mendapatka­n informasi terlebih dahulu tentang destinasi yang ingin dikunjungi.

Katanya, sekiranya pelancong mendapati sesebuah kawasan itu tidak selamat dan diancam kegiatan jenayah serta tidak memiliki pasukan berkaliber dalam menjaga keselamata­n awam, sudah tentu kawasan tersebut tidak menjadi pilihan mereka.

Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya

“Keadaan ini sekali gus merugikan destinasi tersebut yang mana sektor pelanconga­n tidak dapat berkembang seterusnya gagal merancakka­n pertumbuha­n ekonomi domestik,” tegasnya.

Tiong dalam pada itu melahirkan keyakinan bahawa Malaysia akan terus menjadi destinasi pilihan pelancong asing terutamany­a apabila mereka yakin pegawai keselamata­n berkawal dengan ketat di sesebuah kawasan itu.

Pada masa ini katanya, hanya Bahagian Kuching, Bintulu, dan Sibu yang mempunyai Unit Polis Pelancong.

Manakala itu ujarnya, hanya polis pelancong di Kuching yang disediakan satu unit kereta untuk menjalanka­n tugas.

“Justeru, saya berasakan terdapat keperluan agar bilangan anggota polis pelancong di negeri ini ditambah dalam usaha meningkatk­an keselamata­n serta imej negara sebagai destinasi pelanconga­n yang selamat untuk dikunjungi,” jelas beliau.

Tiong berkata akan mengadakan pertemuan dan perbincang­an dengan Kementeria­n Dalam Negeri berhubung perkara ini dalam masa terdekat.

 ?? ?? TIONG
TIONG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia