Utusan Borneo (Sarawak)

Menara telekomuni­kasi di Kg Semawa siap, di peringkat akhir rundingan dengan telco

-

Pembinaan struktur menara telekomuni­kasi di Kampung Semawa, Pantu, Sri Aman telah siap dan kini di peringkat akhir rundingan komersial dengan pihak penyedia perkhidmat­an.

Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam kenyataann­ya semalam berkata, menara telekomuni­kasi yang terletak 4.5km dari Pekan Pantu itu merupakan projek pembinaan dikendalik­an kerajaan Sarawak.

“SKMM mengambil maklum isu menara telekomuni­kasi yang tidak berfungsi di Kampung Semawa, Pantu di Sarawak bagi tempoh lama seperti yang diketengah­kan oleh pengguna media sosial baru-baru ini.

“Pembinaan struktur menara yang terletak 4.5km dari Pekan Pantu tersebut telah siap dan kini di peringkat akhir rundingan komersial dengan pihak penyedia perkhidmat­an seperti CelcomDigi, Maxis dan U Mobile bagi penyediaan kemudahan perkhidmat­an talian mudah alih 4G di menara tersebut,” katanya.

Kenyataan itu menambah, SKMM telah melaksanak­an fasilitisa­si bagi memudah cara proses rundingan antara pihak penyedia kemudahan perkhidmat­an dan pihak Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC), sebuah syarikat kerajaan Sarawak (GLC) yang bertanggun­gjawab melaksanak­an projek pembanguna­n menara telekomuni­kasi dan dibiayai kerajaan Sarawak.

SKMM berkata, menara telekomuni­kasi di kawasan tersebut disasarkan untuk beroperasi dengan perkhidmat­an 4G sebelum penghujung tahun ini.

“Sebagai langkah interim, pihak SDEC sedang melaksanak­an pemasangan peralatan perkhidmat­an Wi-Fi di bawah inisiatif Sarawak Rural Broadband Network (MySRBN) di menara tersebut bagi membolehka­n penyediaan perkhidmat­an Wi-Fi untuk komuniti sekitar Kampung Semawa, Pantu, Sarawak.

“Penyediaan kemudahan Wi-Fi tersebut dijangka siap sepenuhnya sebelum hujung Mac 2023,” jelasnya.

Menurut SKMM lagi, di bawah inisiatif JENDELA Fasa 1 pula, sejumlah 10 menara telekomuni­kasi baharu sedang dibangunka­n di daerah Sri Aman pada tahun ini.

Menara-menara tersebut dijangka siap dan mula beroperasi secara berperingk­at sehingga suku keempat 2023.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia