Utusan Borneo (Sarawak)

Kampung Pulau Melayu kampung contoh penyaluran paip gas asli

-

Kampung Pulau Melayu di sini menjadi kampung contoh dalam penyaluran paip gas asli untuk kegunaan memasak.

Justeru, kampung berkenaan telah menerima lawatan daripada kampung di luar kawasan Miri bagi melihat gambaran sebenar penggunaan paip gas asli terbabit menerusi Program Lawatan ke Perkampung­an Contoh – Penyaluran Paip Gas Asli Untuk Kegunaan Memasak, baru-baru ini.

Program itu telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n I Datuk Sebastian Ting.

Ting dalam ucapannya berkata, antara objektif penganjura­n program itu adalah untuk memberi pendedahan serta perkongsia­n pengalaman daripada wakil penduduk Kampung Pulau Melayu mengenai penggunaan paip gas asli yang telah sekian lama diguna pakai di kebanyakan kawasan bandar Miri bagi kegunaan gas memasak.

“Malah, terima kasih juga diucapkan kepada pihak CRAUN Research kerana telah memilih Kampung Pulau Melayu sebagai perkampung­an contoh bagi menjayakan program seumpama ini.

“Diharapkan melalui program serta perkongsia­n daripada penduduk di sini, wakil-wakil dari Mukah iaitu dari Kampung Teh dan Kampung Taboo mendapat manfaat dan menjadikan usaha yang ada ini untuk kegunaan di kampung anda masing-masing kelak,” ujarnya.

Dalam masa sama tambah ADUN Piasau itu, beliau berharap agar menerusi program seumpama itu terdapat projek yang berkaitan dibangunka­n dengan konsep yang sama bagi memberi manfaat kepada penduduk di seluruh Sarawak.

Hadir sama ialah ADUN Balingian Abdul Yakub Arbi, Ketua Pegawai Eksekutif CRAUN Reseach Zaidell Hussaini, Penghulu Samad Alip serta tetamu lain.

 ?? ?? UNTUK ALBUM: (Duduk, dari dua kanan) Ting, Yakub, Zaidell serta yang lain bergambar bersama pada Program Lawatan ke Perkampung­an Contoh – Penyaluran Paip Gas Asli Untuk Kegunaan Memasak di Kampung Pulau Melayu, baru-baru ini.
UNTUK ALBUM: (Duduk, dari dua kanan) Ting, Yakub, Zaidell serta yang lain bergambar bersama pada Program Lawatan ke Perkampung­an Contoh – Penyaluran Paip Gas Asli Untuk Kegunaan Memasak di Kampung Pulau Melayu, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia