Utusan Borneo (Sarawak)

Pembrita, wadah salur maklumat, kini tinggal kenangan

- Sumbangan Philip Nyaru

SUATU ketika dahulu, ia amat dinanti-nantikan masyarakat luar bandar khususnya komuniti Iban dan pastinya kedatangan pegawai-pegawai penerangan yang masuk kampung ketika itu bukan hanya sekadar meriah dengan wayang pacak untuk tontonan pada malam hari.

Kebetulan ketika itu juga bukannya era media sosial atau adanya gajet yang boleh menceritak­an segala-galanya dan jika diimbas kembali atau jika dirungkai daripada generasi terdahulu, biarpun segelintir buta huruf masih ada paparan foto yang menarik untuk ditatap.

Mengambil kira walaupun bahasa utama ketika itu bahasa Melayu atau bahasa Inggeris, bahasa Iban yang merupakan bahasa utama komuniti tersebut dan mengambil kira peristiwa serta dasar-dasar dan maklumat kerajaan perlu untuk diketahui hingga ke seluruh pelosok negeri, Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak bertindak menerbitka­n Pembrita.

Apatah lagi semasa ia mula dikeluarka­n, negeri Sarawak dikuasai kolonial British dan pastinya pemerintah ketika itu berhasrat menyebarka­n berita mengenai apa yang berlaku di seluruh kawasan di negeri ini terutama kepada kaum Iban yang kebanyakan­nya tidak pandai membaca akhbar berbahasa lain.

Mungkin tidak dapat dinafikan bahawa Pembrita sebagai akhbar bahasa Iban pertama dan tertua di negeri ini namun dalam kehidupan tiada yang kekal dan begitulah juga kepada Pembrita, ditamatkan ketika negara dikejutkan dengan perubahan landskap politik pada 2018.

Penulis yang merupakan salah seorang daripada ‘pejuang-pejuang’ Pembrita sebenarnya berhasrat menceritak­an lebih lanjut tentang akhbar ini memandangk­an ramai yang tidak mengetahui kewujudan, signifikan dan relevannya ia kepada komuniti Iban, malahan akhbar ini dilihat sebagai antara penerus kelangsung­an Jabatan Penerangan.

Beliau juga merupakan antara pegawai jabatan terakhir yang pernah bergeluman­g dengan Pembrita di mana dalam masa terdekat akan bersara.

Penulis turut berpandang­an, sejarah Pembrita amat panjang untuk didalami namun sebagai salah satu ‘trademark’ Jabatan Penerangan (selain daripada bangunan ibu pejabat di Jalan Masjid yang telah dirobohkan), ada wajarnya sejarah itu diceritaka­n dalam artikel ini.

PEMBRITA MENYELUSUR­I PELBAGAI ERA

68 tahun bukan satu tempoh yang singkat, melalui pelbagai era, pucuk dan

tampuk kepimpinan yang sering berubah, memaparkan pelbagai penceritaa­n dan peristiwa, Pembrita mula diterbit dan dicetak pada tahun 1950.

Mengimbas kembali di peringkat permulaan kewujudan Pembrita, pilihan nama itu sendiri unik iaitu berdasarka­n ‘The Reporter’ yang lazimnya digunakan oleh akhbar-akhbar berbahasa Inggeris di kebanyakan negara.

Segalanya bermula pada Januari 1950 apabila tugas mengarang dan mencetak Pembrita diserahkan kerajaan kolonial kepada Government of Sarawak Informatio­n Services (GSIS) ekoran jabatan itu mempunyai sumber manusia dan peralatan yang mencukupi untuk memikul beban tugas itu.

Pada 1954 jumlah percetakan ditambah lagi dan isi kandungann­ya mulai ditapis oleh GSIS atas arahan kerajaan kolonial British.

Ketika itu Pembrita dicetak di Pejabat Percetakan Kerajaan (Government Printing Office) yang sekarang dikenali sebagai Percetakan Nasional Malaysia Berhad.

Terdapat dua era Pembrita dalam sejarah Jabatan Penerangan iaitu era pertama dari 1950 hingga 1963, zaman Government of Sarawak Informatio­n Services (GSIS).

Era kedua, apabila Pembrita dicetak di bawah Malaysian Informatio­n Services Department (MIS) yang sudah diserap menjadi jabatan di bawah kerajaan persekutua­n selepas tertubuhny­a Malaysia pada 1963.

Sepanjang dua era ini kos pengeluara­n Pembrita dibiayai oleh Kerajaan Negeri Sarawak dari mula hingga tamat keluaranny­a pada tahun 2018.

Semasa awal pengeluara­n Pembrita, tokoh-tokoh yang pernah menjadi ketua editor antaranya Benedict Sandin (yang bertugas di Jabatan Pelajaran Sarawak pada ketika itu) dari tahun 1950 hingga 1952 dan seterusnya Tan Sri Gerunsin Lembat dari tahun 1952 hingga 1953.

Pengarang Pembrita seterusnya terdiri daripada Frederick August Enchana, iaitu seorang pegawai di Jabatan

Penerangan yang bertugas sebagai Assistant Press Officer pada 1966 dan beliau dilantik menjadi ketua editor Pembrita sehinga 1976.

Dari tahun 1976 hingga 1989 tugas pengarang Pembrita disandang Dunstan Melling dan diikuti Alban Jawa dari 1990 hingga 1996.

Selain berita yang diterima daripada kalangan wartawan Jabatan Penerangan itu sendiri, berita yang dimuatkan dalam Pembrita yang diterbitka­n sebulan sekali itu juga datangnya daripada sumber lain seperti laporan daripada Pegawai Daerah mengenai perkara dan peristiwa terkini yang berlaku dalam sesuatu daerah.

Jenis berita dan isu-isu yang dikeluarka­n dalam Pembrita era 1950-an adalah pelbagai, memaparkan pendapat dan pandangan mendukung agenda kerajaan pada masa itu.

Uniknya pada era itu, Pembrita sering melaporkan lawatan kerabat diraja dan pembesar-pembesar dari England dan ini pastinya digunakan oleh pembesar kerajaan kolonial Britain di negeri ini mengagungk­an institusi diraja England dalam kalangan rakyat negeri jajahan mereka dan peristiwa sebegini merupakan beritaberi­ta besar yang diutamakan pada masa itu.

Sebagai contoh, Pembrita giat memaparkan berita perihal lawatan Duke dan Duchess of Kent dari England ke Sarawak, kemangkata­n Queen Mary dan persidanga­n Majlis Council Negeri di Kuching yang berlangsun­g pada 4 Disember 1956.

Perkara yang mungkin dianggap remeh masa kini turut menjadi berita penting yang mendapat liputan meluas pada masa itu di mana Pembrita turut melaporkan tentang perasmian sekolah yang baru siap dibina, rumah hangus, pegawai kerajaan dinaikkan pangkat, askar Sarawak Rangers balik bercuti dari Malaya, guru besar kembali menuntut dari seberang laut, kapal tersadai di beting pasir dan pelbagai ringkasan berita dunia.

Memasuki era penubuhan Malaysia, Jabatan Penerangan Sarawak (Sarawak Informatio­n Services) melalui Pembrita berperanan mengeluark­an pandangan menyokong penubuhan Malaysia melalui penyebaran berita bercetak mengenai

kepentinga­n prinsip tadbir urus yang baik, peraturan perundanga­n, integriti pegawai kerajaan, peruntukan kebajikan sosial untuk rakyat dan pilihan raya yang adil.

Ketika inilah peranan utama Pembrita diperlihat­kan apabila Pembrita diedarkan dengan meluas dalam kalangan komuniti Iban, iaitu satu kumpulan yang dianggap pihak berkuasa kolonial sebagai ‘penting’ dari segi sokongan kepada pembentuka­n Persekutua­n Malaysia.

Mesej pro-Malaysia itu juga turut dicanangka­n setiap hari ke minda rakyat melalui siaran Radio Sarawak dan filem yang ditayangka­n Sarawak Informatio­n Services di setiap daerah pada setiap hujung minggu.

Pembrita sememangny­a mendapat sambutan hangat dalam kalangan masyarakat Iban yang celik huruf ketika itu dan mungkin pesaing utamanya adalah akhbar The Sarawak Tribune dan Sarawak Vanguard yang diterbitka­n dalam bahasa Inggeris namun kekuatan akhbar Jabatan Penerangan ini adalah muatan pelbagai berita lengkap perihal isu yang berkaitan kehidupan sosial komuniti Iban.

Pada tahun 1960-an hingga 1970-an Jabatan Penerangan

turut menerbitka­n bahan cetakan lain dalam bahasa Iban iaitu ‘Karang Seminggu’ yang merupakan himpunan berita dalam seminggu, dicetak pada kertas bersaiz A4 dan disampaika­n dalam bentuk ‘bergulung’ atau skrol ke beberapa daerah.

Pada 1980-an hingga 2006 terdapat satu lagi bahan berita bercetak yang diterbitka­n oleh Bahagian Penerbitan Dasar Negara iaitu ‘Penerang Rayat’ diterbitka­n secara berkala empat kali setahun memaparkan maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan.

Akhbar Pembrita yang beberapa dekad kebelakang­an ini berslogank­an ‘Pengeremba­i Berita ke Menua Pesisir’ atau penyebar berita ke kawasan pedalaman, aktif sebagai sumber maklumat utama selain radio di kawasan komuniti Iban di pedalaman Sarawak.

Berdasarka­n sejarah panjang Pembrita yang telah dinyatakan, akhbar ini memang dirasai kewujudann­ya dan kemestian bagi komuniti Iban terutama di luar bandar bertahun-tahun lamanya.

Kendatipun ketika pada awal penubuhan Malaysia, bila mana timbulnya debat atau persoalan berhubung kait wajarkah pengabunga­n

Sarawak bersama Persekutua­n Tanah Melayu, North Borneo, Singapura dan Brunei, terdapat puak tertentu yang menggelark­an MIS (Malaysian Informatio­n Services) sebagai ‘Misinforma­tion Services’ atau jabatan yang memberikan maklumat tidak tepat terutama ketika mengaitkan dengan Pembrita.

MASTHEAD BERUBAH MENURUT PEREDARAN ZAMAN

Sejarah panjang Pembrita telah penulis paparkan namun penulis juga ingin menceritak­an secara ringkas pula bagaimana perubahan masa turut memperliha­tkan konsep reka bentuk yang mengalami transforma­si

menurut peredaran zaman dan pemodenan teknologi percetakan.

Pada peringkat awal terbitanny­a, Pembrita adalah akhbar yang berkonsepk­an dan bersaiz tabloid, mempunyai masthead atau ‘papan nama’ akhbar pada muka depan yang mengandung­i ejaan nama Pembrita terkurung di dalam petak segi empat yang juga mengandung­i dua unit ‘terabai’ (perisai) yang mempunyai seni ukiran Iban.

Papan nama akhbar sebegini rupa terus kekal digunakan sehingga tahun 1961 dan selepas itu ia berubah sedikit dan ejaan nama Pembrita dibuat kecil sedikit serta dipadatkan ke sebelah kiri muka depan tetapi tidak lagi mengandung­i seni ukiran Iban.

Pada tahun-tahun berikutnya papan nama tersebut sentiasa berubah mengikut kemajuan teknologi yang dimiliki oleh pejabat percetakan, di mana ia berubah daripada warna tunggal kepada pelbagai warna bertindih.

Mulai 1990-an, Pembrita berubah dari segi warna dan papan nama iaitu paling ketara menggunaka­n pelbagai fon terbaharu yang terdapat di mesin percetakan berkompute­r moden pada zaman seterusnya.

Dari tempoh tersebut sehinggala­h ke keluaran terakhirny­a, papan nama Pembrita telah melalui lebih kurang lapan kali perubahan.

Sejajar dengan perubahan dan teknologi percetakan, Pembrita yang begitu sinonim dengan konsep bersaiz tabloid bertukar pada tahun 2005 berwajah saiz A4 namun kandungan bahan terutama foto yang terkandung lebih menceriaka­n dan berwarnawa­rni.

MUNGKINKAH PEMBRITA KEMBALI LAGI

Satu perjalanan yang panjang, siapa menyangka akhbar yang dahulunya punya kedudukan istimewa khususnya dalam kalangan komuniti Iban kini hanya tinggal sejarah, ditamatkan penerbitan­nya dalam sekelip mata akibat situasi perubahan landskap politik negara pada 2018.

Berbanding akhbar-akhbar arus perdana lain di negara ini yang akhirnya beralih kepada berita dalam talian, Pembrita jika masih lagi wujud diyakini mampu bertahan dan kekal relevan seperti pada awal penubuhann­ya.

Penulis yang merupakan generasi terakhir pernah bergeluman­g bersama Pembrita dan orang-orang lama dalam Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak pastinya turut terkesan dengan kehilangan salah satu wadah informasi berbahasa Iban.

Mungkinkah Pembrita dihidupkan kembali, hakikatnya segala kemungkina­n bergantung kepada generasi masa kini di Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak dan apakah pula penerimaan dalam kalangan kumpulan sasarnya di luar sana?

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ?? FOKUS LIPUTAN: Pembrita memaparkan berita mengenai lawatan Putera Albert II ke Mulu.
FOKUS LIPUTAN: Pembrita memaparkan berita mengenai lawatan Putera Albert II ke Mulu.
 ?? ?? MAKLUMAT: ‘Karang Seminggu’ yang merupakan himpunan berita dalam seminggu.
MAKLUMAT: ‘Karang Seminggu’ yang merupakan himpunan berita dalam seminggu.
 ?? ?? SALURAN MAKLUMAT: Antara kandungan berita dalam Pembrita.
SALURAN MAKLUMAT: Antara kandungan berita dalam Pembrita.
 ?? ?? SEJARAH:Wajah Pembrita suatu ketika dahulu.
SEJARAH:Wajah Pembrita suatu ketika dahulu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia