Utusan Borneo (Sarawak)

PERKESO terima 60,000 laporan kes kemalangan di tempat kerja setahun

KSM sentiasa mengambil serius isu keselamata­n dan kesihatan pekerjaan di negara ini “

- Mustapha Sakmud Timbalan Menteri Sumber Manusia

Sepanjang tempoh tersebut (2022) seramai 864 pekerja maut dengan kemalangan industri menjadi punca kepada 255 kematian manakala kemalangan perjalanan telah menyebabka­n 609 pekerja maut, iaitu meningkat daripada 525 pekerja yang maut akibat nahas jalan raya tahun lepas.

PUTRAJAYA: Kira-kira 60,000 laporan kes kemalangan meliputi kemalangan di tempat kerja, kemalangan dalam perjalanan pergi dan pulang dari tempat kerja serta penyakit khidmat diterima Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) setiap tahun, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia Mustapha Sakmud.

Beliau berkata pada tahun lepas, 64,168 kes kemalangan telah dilaporkan kepada PERKESO dan daripada jumlah itu, sebanyak 35,015 kes adalah kemalangan industri atau kemalangan di tempat kerja manakala 29,153 kes adalah kemalangan perjalanan dan berulang-alik ke tempat kerja.

“Sepanjang tempoh tersebut (2022) seramai 864 pekerja maut dengan kemalangan industri menjadi punca kepada 255 kematian manakala kemalangan perjalanan telah menyebabka­n 609 pekerja maut, iaitu meningkat daripada 525 pekerja yang maut akibat nahas jalan raya tahun 2021.

“Jika kita amati data ini, kita dapat lihat secara purata hampir dua pekerja terkorban setiap hari akibat kemalangan perjalanan di negara ini,” katanya kepada media selepas Majlis Penyerahan Geran Bantuan Perkeso Kepada Institusi dan Badan-badan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) 2023 di sini semalam.

Mustapha berkata Kementeria­n Sumber Manusia (KSM) sentiasa memandang serius isu keselamata­n dan kesihatan pekerjaan (KKP) di negara ini kerana setiap bencana pekerjaan adalah satu kos kepada masyarakat dan negara.

Pada tahun ini, katanya PERKESO memperuntu­kkan Geran Bantuan Kewangan berjumlah RM3.7 juta kepada 38 NGO dan institusi bagi melaksanak­an 600 program pencegahan kemalangan dan kesedaran KKP.

Ketua Eksekutif PERKESO Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, peruntukan geran kepada institusi dan NGO berkaitan telah dilaksanak­an secara tahunan sejak 2001 sebagai inisiatif berterusan untuk memperkasa­kan kesedaran KKP, mengurangk­an kadar kemalangan, seterusnya meningkatk­an kesejahter­aan golongan pekerja termasuk mereka yang bekerja sendiri. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia