Utusan Borneo (Sarawak)

FCoEE terajui pedidikan digital di Perlis, tingkat mentaliti kelas pertama

-

Faizuddin Center of Educationa­l Excellence (FCoEE) menjadi peneraju kepada pendidikan digital di negeri ini dalam usaha melahirkan pelajar yang mempunyai mentaliti kelas pertama dalam segala tindakan.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullai­l bertitah usaha tersebut dilakukan menerusi Program Digitalisa­si Jamalullai­l dan FCoEE.

“Program itu disusun menerusi pembinaan empat Self, iaitu Self Believe (Kepercayaa­n atas kebolehan diri sendiri), Self Confidence (Keyakinan diri yang tinggi), Self Esteem (Peningkata­n harga diri) dan Self Motivation (Motivasi yang tinggi untuk kekal berjaya),” titah baginda menerusi kenyataan yang dikeluarka­n Istana Arau semalam.

Baginda bertitah demikian ketika berangkat merasmikan Majlis Appresiasi Akar Tunjang Kemenjadia­n

Murid Tahun 2022 anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Perlis, di sini malam kelmarin.

Keberangka­tan tiba baginda bersama-sama Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil disambut oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perlis Naharudeen Othman dan Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli.

Baginda yang juga penaung FCoEE bertitah sistem pendidikan negara sentiasa mempunyai ruang dan peluang untuk ditambah baik agar dapat kekal relevan untuk para pelajar, selari dengan peredaran masa kini.

Tuanku Syed Faizuddin berharap agar cogan kata ‘My School My Playground’ akan dapat dilaksanak­an dengan kemudahan pengajaran dan pembelajar­an terkini serta penerapan budaya sekolah penyayang dapat melahirkan murid yang lebih berhemah. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia