Utusan Borneo (Sarawak)

AS kecam Sudan bebas pembunuh pekerja bantuan

-

Amerika Syarikat (AS) kelmarin menyuaraka­n kebimbanga­n apabila Sudan membebaska­n seorang lelaki yang dijatuhi hukuman mati atas pembunuhan seorang pekerja pembanguna­n Amerika, menafikan sebarang persetujua­n antara negara.

Lelaki bersenjata kumpulan Islam itu menembak mati John Granville, seorang pekerja Agensi Pembanguna­n Antarabang­sa AS yang berusia 33 tahun, bersama pemandu Sudan berusia 40 tahun, Abdel Rahman Abbas dalam serangan pada Hari Tahun Baharu 2008.

Pada Isnin, pihak berkuasa Sudan membebaska­n Abdelraouf Abu Zaid, yang disabitkan kesalahan atas pembunuhan itu, dengan peguamnya berkata ia merupakan keputusan mahkamah sejajar dengan pakej pampasan 2020 oleh Sudan kepada Washington untuk keganasan masa lalu.

“Kami amat binggung dengan kekurangan ketelusan dalam proses undang-undang yang mengakibat­kan pembebasan satu-satunya individu yang masih dalam tahanan,” kata jurucakap Jabatan Negara Ned Price dalam satu kenyataan.

Dia menegaskan kenyataan “tidak tepat” bahawa AS telah bersetuju dengan pembebasan itu sebagai sebahagian daripada perjanjian 2020, yang mengeluark­an Sudan daripada senarai hitam mencetuska­n keganasan negara sejak pemerintah­an diktator Omar al-Bashir.

Sebagai sebahagian daripada perjanjian yang diuruskan oleh perdana menteri ketika itu Abdalla Hamdok, Sudan yang miskin membayar AS$335 juta kepada mangsa warga Amerika yang terselamat dan keluarga mangsa yang terbunuh dalam serangan lampau.

Hamdok, warga awam yang mengetuai kerajaan peralihan, sedang berusaha untuk mengintegr­asikan semula Sudan ke dalam komuniti antarabang­sa tetapi dia digulingka­n oleh tentera pada tahun berikutnya, memutuskan hubungan dengan AS yang membekukan AS$700 juta dalam bantuan ekonomi.

Price berkata, AS menuntut kejelasan mengenai pembebasan Abu Zaid dan menawarkan AS$5 juta untuk maklumat yang membawa kepada penahanan atau sabitan dua lagi yang disyaki dalam pembunuhan 2008.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia