Utusan Borneo (Sarawak)

Tiada dokumen sulit ditemui di rumah pantai Biden: Peguam

-

Penguat kuasa undang-undang tidak menemui sebarang dokumen sulit di rumah pantai Delaware milik Joe Biden semasa menggeleda­han kelmarin, kata peguam presiden, dalam operasi terbaru untuk menjejaki dokumen rahsia yang disimpan dengan lalai.

Pengumuman itu dibuat kira-kira tiga jam selepas peguam peribadi presiden berkata ejen dari Jabatan Kehakiman akan menggeleda­h rumahnya di Rehoboth.

“Tiada dokumen dengan tanda sulit ditemui,” kata peguam Bob Bauer dalam satu kenyataan.

Ejen bagaimanap­un mengambil “beberapa bahan dan nota tulisan tangan yang kelihatan berkaitan dengan zamannya sebagai naib presiden untuk semakan lanjut,” tambahnya.

Penggeleda­han, yang menurut Bauer dalam kenyataan sebelum ini dilakukan “dengan sokongan dan kerjasama penuh presiden,” ialah carian serupa yang menemui sejumlah kecil dokumen di rumah Biden di Wilmington dan bekas ruang pejabat di Washington.

Pendedahan itu telah menjadi halangan kepada Biden ketika beliau meraikan pertengaha­n penggal pertamanya sebagai presiden dan dilaporkan bersedia untuk mengumumka­n beliau akan bertanding semula.

Seorang peguam khas telah dilantik oleh Jabatan Kehakiman untuk menjalanka­n siasatan bebas, sama seperti peguam khas lain yang menyelia siasatan ke atas simpanan besar dokumen sulit bekas presiden Donald Trump yang ditemui di rumahnya di Florida.

Menurut Rumah Putih, masalah Biden berpunca daripada kesilapan yang tidak disengajak­an dalam menyimpan dokumen sejak sedekad lalu semasa menjadi naib presiden di bawah Barack Obama.

Tidak seperti Trump, yang enggan menyerahka­n ratusan dokumen sulit selepas meninggalk­an Rumah Putih pada 2021, Biden berkata beliau telah bekerjasam­a dengan pihak berkuasa sejak penemuan segelintir dokumen sulit di bekas pejabat yang digunakann­ya di sebuah badan pemikir di Washington.

Pencarian seterusnya yang dilakukan oleh FBI di rumah persendiri­an utamanya di Wilmington menemui lebih banyak dokumen. Hartanah Rehoboth, yang jarang didiaminya, kini menjadi lokasi ketiga yang akan diperiksa oleh pihak berkuasa.

Dalam kenyataann­ya, Bauer berkata Jabatan Kehakiman (DOJ) melancarka­n pencarian Rehoboth tanpa “notis awam terlebih dahulu, dan kami bersetuju untuk bekerjasam­a.”

“Pencarian hari ini menandakan langkah selanjutny­a dalam proses DOJ yang teliti dan tepat pada masanya, kami akan terus menyokong dan memudahkan sepenuhnya,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia