Utusan Borneo (Sarawak)

Filem ‘Pathaan’ Shah Rukh Khan pecah rekod box office India

-

BINTANG terkemuka Bollywood, Shah Rukh Khan berterima kasih kepada peminatnya selepas filem ‘Pathaan’ yang memulakan tayanganny­a pada 25 Januari berjaya memecah rekod box office India, dan dengan ini memberikan harapan kepada industri perfileman Bollywood selepas beberapa tayangan lemah.

Menurut penganalis­is perdaganga­n, Taran Adarsh ketika membuat ciapan di Twitter, ‘Pathaan’ merekodkan kutipan tertinggi box office untuk filem Hindi pada hari pertama dan kedua tayangan di India, dan mengumpul sejumlah 2.5 bilion rupee atau 30 juta dolar pada lima hari pertama tayangan.

Jualan tiket antarabang­sa untuk filem ini melonjak melepasi satu bilion rupee dalam tempoh tiga hari, menurut Yash Raj Films, yang menerbitka­n filem itu.

Ia hadir ketika filem berbahasa Hindi di Bollywood bergelut dalam box office selepas pawagam di India dibuka semula selepas satu tahun ditutup ekoran pandemik COVID-19.

Tayangan ‘Pathaan’ adalah filem pertama Shah Rukh, 57, dalam tempoh empat tahun dan sesuatu yang ditunggutu­nggu oleh peminatnya.

Shah Rukh, yang popular sebagai ‘Raja Khan’ mempunyai peminat yang ramai di seluruh dunia. Filem itu juga memaparkan bintang Bollywood seperti Deepika Padukone dan bintang aksi John Abraham.

Dalam beberapa bulan, ‘Pathaan’ dan filem Bollywood lain, terutama sekali filem yang dibintangi pelakon beragama Islam yang merupakan golongan minoriti di India seperti Shah Rukh, dikritik oleh kumpulan berhaluan kanan Hindu dalam media sosial, dengan aktivis mendesak filem mereka diboikot.

Kumpulan fanatik Hindu mendesak filem ‘Pathaan’ diharamkan kerana Padukone memakai bikini berwarna kuning, satu warna yang dikaitkan dengan agama mereka, dalam salah satu lagu filem tersebut.

Tetapi Shah Rukh berterima kasih kepada peminat kerana menunjukka­n rasa sayang dengan filem dan “mengembali­kan kehidupan di pawagam”, menyokong filem “walaupun hakikat ada perkara yang mungkin menjejaska­n tayanganny­a”.

“Saya hanya mahu berkata ada begitu banyak rasa sayang daripada semua pihak dan kami sememangny­a sangat menghargai­nya,” kata Shah Rukh pada satu interaksi dengan media di Mumbai awal minggu ini.

Video yang dikongsi di media sosial menunjukka­n peminat dalam pawagam di India menari dan bersorak semasa tayangan.

“Kejayaan yang belum pernah berlaku dari ‘Pathan’, saya fikir menjelaska­n tentang di mana arah tuju kita sebagai industri filem Hindi,” kata pemilik rangkaian pawagam, Akshaye Rathi ketika memberitah­u AFP.

“Di sini kita kembali ke zaman lama meraikan filem dalam pawagam dengan pengalaman hebat,” tambahnya.

Tahun lepas, filemfilem dari selatan India, termasuk filem berbahasa Telugu ‘RRR’, menguasai kedudukan box office.

‘RRR’ juga mendapat perhatian antarabang­sa, memenangi anugerah Golden Globe untuk lagu terbaik dan turut dicalonkan untuk anugerah Oscar. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia