Utusan Borneo (Sarawak)

TV AlHijrah umum 12 peserta rancangan realiti Akademi Qurra’

Tiada penyingkir­an pada minggu pertama bagi memberi peluang kepada kesemua peserta akademi untuk terus menimba ilmu

- TV ALHIJRAH

memperkuku­hkan kedudukann­ya sebagai stesen televisyen yang menyebar luas dakwah dengan membawakan sebuah program realiti mengaji al-Quran yang dikenali sebagai Akademi Qurra’.

Tirai episod pertama Akademi Qurra’ dibuka pada 28 Januari lepas dengan pengenalan 12 orang peserta yang terdiri daripada tujuh orang peserta lelaki dan lima orang peserta wanita.

Kesemua barisan qari dan qariah ini dikenali sebagai Tilmiz dan Tilmizah Akademi Qurra’ sepanjang rancangan ini bersiaran lapan minggu.

Menurut Pengurus Penjenamaa­n dan Kajian Pengguna TV AlHijrah, Zulkarnaen Mokhtar, berbekalka­n kecintaan yang mendalam terhadap al-Quran, 12 peserta berumur dalam lingkungan 18 hingga 40 tahun akan berusaha mempelajar­i lenggok bacaan al-Quran, ilmu taranum, tajwid, fasohah dan teknik kawalan suara.

Mereka adalah Muhammad Akasyah Md Yunos (18 tahun, Selangor), Muhamad Nurfahmi Zainal (23 tahun, Negeri Sembilan), Muhammad Nur Faridzuan Basar (20 tahun, Johor), Saifullah Khanip Rofli (19 tahun, Pahang), Muhammad Nur Zuhdi Mohd Daud (25 tahun, Johor), Adam Hakimi Khairulniz­am (18 tahun, Kedah) dan Abdullah Afif Mohd Ariffin (22 tahun, Melaka).

Manakala barisan Tilmizah pula adalah Aina Syafiyah Selamat

(22 tahun, Melaka),

Nik Maghfirah Nik Abd Rahman Zaki (19 tahun, Kelantan) Nurnazhira­h Shaharudin (24 tahun, Selangor), Nooraini Abdullah (40 tahun, Selangor) dan Nur Ain Syahirah Shaifullah (21 tahun, Kelantan).

“Saya menjangkak­an program Akademi Qurra’ akan meraih kumpulan penontonny­a yang tersendiri sekaligus menjadi penanda aras baru dalam penerbitan rancangan realiti berkonsepk­an mengaji alQuran,” kata Zulkarnaen.

Episod pengenalan yang juga disiarkan menerusi Facebook Live dan aplikasi Alhijrah Plus meruntun jiwa penonton apabila peserta paling berusia iaitu Tilmizah Nooraini, seorang doktor perubatan berkongsi kisah yang memotivasi­kan dirinya untuk bergelar Tilmizah walaupun sudah berusia 40 tahun.

Tilmizah Nooraini diuji

dengan kepayahan dah dugaan membesarka­n anak kesayangan­nya yang merupakan pesakit kanser leukimia.

“Apabila berada di puncak kerjaya, citacita saya untuk terus meneroka bidang perubatan terhenti apabila anak saya disahkan menghidapi leukimia. Saya mencari sesuatu yang boleh menenangka­n jiwa pada waktu itu. Akhirnya, saya temui kedamaian di dalam kelas pengajian taranum online,” kongsinya selaku peserta kedua yang diuji juri jemputan iaitu Ustaz Amirahman Abas dengan bacaan dari surah Al-Isra menggunaka­n taranum Bayyati Husaini dan Nahawan.

Untuk rekod, program Akademi Qurra’ disiarkan pada setiap Sabtu, jam 9 malam.

Program ini diadili sepenuhnya oleh seorang juri tetap iaitu Ustaz Ahmad Tarmizi Abdul Rahman dan juri jemputan berbeza pada setiap minggu.

Manakala Mudarris dan Mudarrisah yang akan menjadi tulang belakang membimbing kesemua peserta pula adalah Ustaz Ammar Mukhlis, Ustazah Farhatul Fairuzah dan Ustazah Sofizah Mousin.

Program ini juga menampilka­n Fakhrul UNIC selaku pengacara rancangan.

Akademi Qurra’ episod pertama melabuhkan tirainya dengan dua berita baik. Fakhrul UNIC mengumumka­n tiada penyingkir­an di minggu pertama bagi memberi peluang kepada kesemua peserta untuk terus menimba ilmu di minggu seterusnya.

 ?? ??
 ?? ?? Barisan Mudarris dan Mudarrisah.
Barisan Mudarris dan Mudarrisah.
 ?? ?? USTAZ AHMAD TARMIZI
USTAZ AHMAD TARMIZI
 ?? ?? Tilmizah Akademi Qurra’.
Tilmizah Akademi Qurra’.
 ?? ?? Tilmiz Akademi Qurra’.
Tilmiz Akademi Qurra’.
 ?? ?? FAZLI UNIC
FAZLI UNIC

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia