Utusan Borneo (Sarawak)

AGC tolak representa­si Rewcastle-Brown

Batalkan pertuduhan mengeluark­an kenyataan berunsur fitnah terhadap Sultanah Terengganu

- Guok Ngek Seong Peguam mewakili Rewcastle-Brown

KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara (AGC) menolak representa­si dikemukaka­n Editor Sarawak Report, Clare RewcastleB­rown untuk membatalka­n pertuduhan mengeluark­an kenyataan berunsur fitnah terhadap Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah melalui buku ‘The Sarawak Report - The Inside Story of the 1MDB Expose’.

Pihak kami akan mengemukak­an representa­si baharu kepada AGC dalam tempoh terdekat.

Rewcastle-Brown yang berasal dari United Kingdom didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu secara tanpa kehadiran tertuduh pada 23 September 2021 atas pertuduhan itu mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Peguam Guok Ngek Seong yang mewakili Rewcastle-Brown berkata, AGC menolak representa­si tersebut menerusi surat yang diserahkan kepada pihaknya melalui e-mel pada 25 Januari lalu.

“Pihak kami akan mengemukak­an representa­si baharu kepada AGC dalam tempoh terdekat,” kata Guok ketika ditemui pemberita selepas pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Catherine Nicholas semalam.

Guok berkata, pada pengurusan kes hari ini (semalam), mahkamah menetapkan 10 Mac untuk pengurusan kes selanjutny­a di hadapan hakim baharu K. Muniandy menggantik­an Hakim Mohamed Zaini Mazlan yang kini Hakim Mahkamah Rayuan.

Timbalan Pendakwa Raya Noor Haslinda Che Seman ketika dihubungi mengesahka­n mengenai representa­si tersebut.

Mengenai perbicaraa­n kes itu yang sepatutnya berlangsun­g di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu bulan lepas, Noor Haslinda berkata setakat ini prosiding tersebut ditangguhk­an sementara menunggu permohonan Rewcastle-Brown untuk memindahka­n kes itu di Mahkamah Tinggi di sini didengar dan diputuskan.

Rewcastle-Brown memfailkan representa­si itu pada 13 Disember tahun lalu berikutan keputusan Mahkamah Tinggi di sini pada 31 Oktober tahun lepas yang menolak saman fitnah difailkan Sultanah Nur

Zahirah terhadap wanita itu berhubung dakwaan fitnah membabitka­n Terengganu Investment Authority (TIA) dalam buku berkenaan.

Dalam permohonan itu, Rewcastle-Brown berkata Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa perenggan dalam buku berkenaan adalah tidak berunsur fitnah, oleh itu pihak pendakwaan akan menghadapi kesukaran untuk membuktika­n kes di atas beban pembuktian melampaui keraguan munasabah di dalam kes jenayah tersebut.

Pada 31 Oktober 2022, Pesuruhjay­a Kehakiman Dr John Lee Kien How @ Mohd Johan, menolak saman fitnah tersebut atas alasan tiada tuduhan fitnah daripada kenyataan tersebut walaupun jelas terdapat masalah kesilapan identiti dan memerintah­kan kos sebanyak RM80,000 dibayar kepada Rewcastle-Brown, penerbit Cheong Ton Sin dan pencetak, Vinlin Press Sdn Bhd, selaku defendan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia