Utusan Borneo (Sarawak)

PM: K’jaan tidak campur tangan siasatan SPRM terhadap BERSATU

Badan siasatan, penguatkua­saan dan kehakiman bebas jalankan siasatan

- — Bernama

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam menegaskan bahawa Kerajaan Perpaduan pimpinanny­a tidak mencampuri urusan badan siasatan dan penguatkua­saan termasuk dalam siasatan yang dilakukan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap BERSATU.

Dalam sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat kabinet di sini semalam, beliau menegaskan bahawa badan siasatan dan penguatkua­saan serta kehakiman kekal bebas untuk menjalanka­n siasatan masing-masing.

Anwar berkata adalah tidak bertanggun­gjawab bagi parti pembangkan­g untuk membuat tuduhan terhadap Kerajaan Perpaduan berhubung isu tersebut.

“Kita tidak ulangi sikap menekan seperti dilakukan dan kita tidak gunakan badan-badan (siasatan dan penguatkua­saan) ini,” katanya.

Setiausaha Agungnya Datuk Seri Hamzah Zainudin kelmarin dilaporkan berkata parti itu melahirkan rasa kesal terhadap tindak-tanduk kerajaan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional yang menjadikan agensi di bawah pemerintah­annya sebagai alat untuk mencapai matlamat politik mereka.

Kelmarin, Ketua Pesuruhjay­a SPRM Tan Sri Azam Baki dilaporkan mengesahka­n SPRM telah membekukan akaun milik BERSATU bagi tujuan membantu siasatan ke atas wang yang disyaki daripada hasil haram.

Mengenai siasatan terhadap BERSATU, Perdana Menteri berkata terdapat laporan dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan SPRM tentang penggunaan wang oleh parti itu.

Selain itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan telah mendapati wujud projekproj­ek tanpa tender yang menelan belanja terlalu tinggi sewaktu negara melaksanak­an Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Memberi contoh projek di bawah Program Jana Ekonomi Pemerkasaa­n Kontraktor Bumiputera Berwibawa (JanaWibawa) dan tebatan banjir, Anwar berkata beliau mendapati kos projek itu adalah terlalu tinggi.

Projek JanaWibawa diperkenal bagi mempercepa­tkan pelaksanaa­n projek untuk merancakka­n ekonomi negara semasa dan pascapande­mik COVID-19.

Anwar berkata pimpinan BERSATU perlu menjelaska­n bagaimana wang lebih RM300 juta boleh diperoleh oleh parti itu dalam masa yang singkat.

“Harus pimpinan parti sekiranya mereka benar bersih seperti yang diceritaka­n, dia kena jelaskan kepada badan penyiasat mengapa dalam masa singkat begitu boleh mengumpul wang begitu banyak, dari sumber mana dan kepada siapa.

“(Perkara itu) kemudian akan dibawa ke Peguam Negara mengikut proses, lebih daripada itu saya tidak tahu. Apa nak ditegaskan oleh kami dalam pimpinan Kerajaan Perpaduan adalah arahan siasatan untuk semua tidak terkecuali sama ada parti kerajaan atau pembangkan­g,” katanya.

Ditanya mengenai gesaan supaya PKR turut mendedahka­n akaun parti itu, Anwar yang juga Presiden PKR berkata parti itu tidak mempunyai masalah untuk berbuat demikian sekiranya diminta oleh SPRM.

“(SPRM) boleh semak mana-mana parti, BERSATU tidak dedahkan akaun tetapi didedahkan oleh penyiasat. “Saya tiada masalah dan akaun (PKR) diaudit dan dihantar ke Jabatan Pendaftara­n Pertubuhan (RoS) mengikut jadual ditetapkan tahunan,” katanya.

Kelmarin, Datuk Dr Marzuki Mohamad yang merupakan bekas Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri kelapan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menggesa PKR dan DAP mendedahka­n akaunnya termasuk akaun amanah yang dipegang bagi pihak parti itu.

Anwar menegaskan yang Kerajaan Perpaduan pimpinanny­a menekankan untuk terus melaksanak­an tatakelola yang baik dalam pentadbira­nnya.

Kita tidak ulangi sikap menekan seperti dilakukan dan kita tidak gunakan badan-badan (siasatan dan penguatkua­saan) ini.

Datuk Seri Anwar Ibrahim Perdana Menteri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia