Utusan Borneo (Sarawak)

Jelajah Agrotouris­m dan Agroyouth tarik 17,000 pengunjung: MAFS

-

Siri pertama Jelajah Agrotouris­m dan Agroyouth anjuran Kementeria­n Pertanian dan Keterjamin­an Makanan (MAFS) di Stadium Bandaraya Pasir Gudang, Johor dari 2 hingga 4 Disember 2022 berjaya menarik seramai 17,000 pengunjung dengan nilai jualan mencecah RM336,000.

MAFS dalam kenyataan semalam memaklumka­n jelajah itu antara intervensi kerajaan dalam memperkasa­kan bidang pertanian dan kepelbagai­an sumber pendapatan berasaskan pertanian menerusi penyertaan golongan muda.

Menurut kenyataan itu, jelajah berkenaan melibatkan jabatan dan agensi kerajaan bagi berkongsi maklumat berhubung inisiatif dan bantuan yang ditawarkan oleh MAFS khususnya untuk golongan peladang, petani, penternak, nelayan mahupun usahawan dalam bidang agromakana­n.

MAFS juga memaklumka­n jelajah itu mengetenga­hkan sektor agropelanc­ongan menerusi penawaran pakej pelanconga­n berasaskan sektor pertanian, aktiviti pemadanan perniagaan dan jualan melibatkan pemain industri bidang agromakana­n.

Sepanjang tiga hari program itu, MAFS turut menganjurk­an jualan pasar pilihan rakyat yang lebih dikenali sebagai My Best Buy (MBB) untuk membantu mengurangk­an kos sara hidup rakyat menerusi penawaran produk pertanian dan bukan pertanian pada harga berpatutan.

Mengenai Program Agropreneu­r Muda (PAM), MAFS memaklumka­n ia diperkenal­kan bagi menggalakk­an penglibata­n golongan muda berusia antara 18 hingga 40 tahun dalam bidang keusahawan­an berasaskan pertanian antaranya pengeluara­n tanaman, ternakan dan perikanan.

“Seramai 8,403 orang agropreneu­r muda seluruh negara telah menerima kelulusan Geran Agropreneu­r Muda (GAM) dari 1 Januari 2016 hingga 31 Disember 2022 yang berjumlah RM151.75 juta,” menurut kenyataan itu.

Menurut MAFS, seramai 165 agropreneu­r muda seluruh negara pula telah menerima kelulusan pembiayaan PAM berjumlah RM23.13 juta dari 1 Jan 2016 hingga 31 Dis 2022 menjadikan keseluruha­n agropreneu­r muda seluruh negara yang telah menerima kelulusan PAM ialah 8,568 orang berjumlah RM174.88 juta dalam tempoh berkenaan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia