Utusan Borneo (Sarawak)

BERSATU hantar surat mohon perintah pembekuan akaun dibatalkan

-

KUALA LUMPUR: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) akan menghantar surat kepada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini (semalam) bagi meminta supaya perintah pembekuan akaun bank parti itu dibatalkan.

Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pembatalan perintah itu penting supaya pentadbira­n BERSATU dapat berjalan lancar dan komitmen kewangan parti itu dapat dilunaskan mengikut jadual.

“Bila dah beku akaun, kami sebagai pertubuhan politik yang penting dan besar ini tak ada duit untuk bayar gaji pentadbira­n bukan sahaja untuk sebulan. Sekarang ini mereka (SPRM) kata beku tiga bulan, itu membawa kesan kepada kelicinan pentadbira­n parti.

“Jadi sebab itu kita minta seboleh mungkin selepas disemak dan didapati tiada sebarang bentuk penyelewen­gan dan salah guna kuasa, maka SPRM harus segerakan buat keputusan (pembekuan akaun bank) itu dapat dibatalkan,” katanya pada sidang media selepas pemukiman Ahli Dewan Rakyat Perikatan Nasional (PN) di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Muhyiddin yang juga ahli Parlimen Pagoh berkata tindakan SPRM itu turut menjejaska­n persiapan BERSATU bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri yang akan berlangsun­g tahun ini kerana parti itu memerlukan dana untuk membiayai kempen pilihan raya.

kELMARIN Ketua Pesuruhjay­a SPRM Tan Sri Azam Baki mengesahka­n pihaknya telah membekukan beberapa akaun bank milik BERSATU bagi tujuan membantu siasatan.

Difahamkan pembekuan akaun berkenaan mempunyai kaitan dengan siasatan SPRM berhubung penyelewen­gan dana RM600 bilion yang digunakan ketika negara berdepan pandemik COVID-19. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia