Utusan Borneo (Sarawak)

Bayern belasah Mainz 4-0 dalam aksi Piala Jerman

Pemain baharu Bayern, Cancelo gunakan peluang buktikan keupayaan dengan mengumpan satu gol

- — AFP

BERLIN: Pemain baharu Bayern Munich, Joao Cancelo mengumpan satu gol untuk membantu Bayern meraih kemenangan pertama mereka tahun ini apabila membelasah Mainz 4-0 dalam aksi Piala Jerman pada Rabu.

Cancelo, yang menyertai Bayern untuk kontrak pinjaman dari Manchester City pada Selasa, membuat impak segera apabila mengumpan bola kepada Eric Maxim Choupo-Moting untuk melakukan penyudah dari jarak dekat.

Tanpa kemenangan dari tiga perlawanan liga pertama tahun ini, Bayern memulakan perlawanan dengan sedikit tekanan untuk melangkah ke peringkat suku akhir Piala Jerman buat kali pertama dalam tiga musim terakhir.

Gol Choupo-Moting pada minit ke-17 mengurangk­an tekanan Bayern dan mereka menambah jaringan pada minit ke-30 apabila Thomas Mueller mengumpan bola kepada Jamal Musiala untuk merembat ke pintu gol.

Leroy Sane menjaringk­an gol ketiga ketika berbaki satu minit permainan sebelum rehat hasil umpanan Choupo-Moting, yang juga bekas penyerang Mainz.

Alphonso Davies, yang dimasukkan menggantik­an Cancelo ketika berbaki 20 minit permainan, melengkapk­an jaringan pada lewat permainan dari umpanan Matthijs de Ligt.

Mainz mempunyai beberapa peluang dalam separuh masa kedua namun pemain pertahanan tengahnya, Alexander Hack dibuang padang selepas menerima kad kuning kedua perlawanan,

bersama-sama Bo Svensson, yang juga dibuang padang selepas menerima kad merah kerana mempertika­i keputusan penjaga garisan tidak lama sebelum gol Davies.

Svensson mengadu bahawa Bayern menerima layanan lebih baik dari pengadil sebelum dilayangka­n kad merah.

“Saya melihat dengan jelas perbezaann­ya dari bangku simpanan dan cara kami dilayan oleh pengadil. Ini bukan kali pertama.”

Jurulatih Bayern, Julian Nagelsmann memuji pasukannya dengan berkata mereka “lebih agresif” berbanding perlawanan lain tahun ini.

“Saya gembira kami menang sekali lagi. Saya fikir gaya dan cara di mana kami bermain adalah sangat bagus.”

Pada perlawanan lain, bekas penyerang Chelsea, Timo Werner menjaringk­an gol lewat untuk membantu RB Leipzig menang 3-1 ke atas Hoffenheim.

Werner, yang kembali ke Leipzig selepas dua tahun di Chelsea pada musim panas tahun lepas, mengharung­i malam yang sukar dan beberapa kali gagal melepasi perangkap ofsaid.

Dia bagaimanap­un berjaya melepasi perangkap ofsaid

pada minit ke-83 untuk menyempurn­akan hantaran Yussuf Poulsen untuk melengkapk­an jaringan.

Leipzig, yang belum tewas di tempat sendiri dalam liga setakat musim ini, membuka jaringan seawal minit kelapan apabila Emil Forsberg melihat penjaga gol Hoffenheim, Oliver Baumann sedikit jauh dari posisinya ketika melakukan rembatan jarak jauh.

Leipzig menambah jaringan sebelum rehat menerusi gol Konrad Laimer tetapi Kasper Dolberg merapatkan kedudukan pada minit ke-77 untuk memastikan penamat

yang mendebarka­n buat Leipzig.

Werner bagaimanap­un menjaringk­an gol keempatnya dalam pertanding­an piala untuk menamatkan kebangkita­n Hoffenheim.

“Kami menunjukka­n bahawa kami mahu melangkah jauh dalam pertanding­an ini,” kata Forsberg.

“Kami bermain dengan baik dalam separuh masa pertama, kami benar-benar memberi fokus. Kami boleh menamatkan saingan lebih awal tetapi ia kemenangan selayaknya.”

Bekas pemain Borussia Dortmund, Thomas Delaney, yang berpindah ke Hoffenheim pada Isnin, memberitah­u bahawa “kami mempunyai pasukan dan pemain yang hebat tetapi kurang keyakinan ketika ini.”

Kapten Hoffenheim, Baumann, bersetuju dengan berkata pasukannya berharap untuk membina keyakinan dengan keputusan lebih baik dalam pertanding­an piala.

Hoffenheim ketika ini berada di tangga ke-13 liga, tiga mata di atas slot playoff penyingkir­an liga, dengan Baumann mengakui pasukannya perlu menyedari bahawa “kami berada dalam saingan mengelak penyingkir­an.”

“Saya gembira kami menang sekali lagi. Saya fikir gaya dan cara di mana kami bermain adalah ” sangat bagus. Julian Nagelsmann Jurulatih Bayern Munich

 ?? — Gambar AFP ?? AKSI SENGIT: Sebahagian daripada babak-babak aksi perrlawana­n Piala Jerman pusingan 16 akhir di antara Mainz dan Bayern Munich di Mainz.
— Gambar AFP AKSI SENGIT: Sebahagian daripada babak-babak aksi perrlawana­n Piala Jerman pusingan 16 akhir di antara Mainz dan Bayern Munich di Mainz.
 ?? ?? NAGELSMANN
NAGELSMANN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia