Utusan Borneo (Sarawak)

Fernandez puji usaha pengurusan Chelsea bawa masuk dirinya ke Stamford Bridge

-

Pemain baharu Chelsea, Enzo Fernandez, memuji pengurusan kelab baharunya kerana memecah rekod perpindaha­n British untuk membawanya ke Stamford Bridge.

Chelsea hanya mengesahka­n perpindaha­n pemenang Piala Dunia 2022 bersama Argentina itu pada saat akhir untuk rekod perpindaha­n British bernilai 107 juta pound dari kelab Benfica selepas rundingan berlarutan sehingga minit-minit akhir sebelum pasaran perpindaha­n pemain di England tamat.

Benfica adalah yang pertama mengumumka­n perpindaha­n Fernandez dan Chelsea memuji pembelian Fernandez pada pagi Rabu.

“Saya berterima kasih kepada Chelsea dan pemilik kelab kerana melakukan segala-gala yang mereka mampu untuk menjadikan saya sebahagian projek mereka,” kata pemain berusia 22 tahun itu di laman sesawang rasmi Chelsea.

“Saya berasa gembira dan teruja untuk menyertai Chelsea,

untuk bermain dalam liga terbaik di dunia dan bersaing untuk kejuaraan terbesar.”

Media melaporkan Fernandez menjalani pemeriksaa­n perubatan di Lisbon pada malam Selasa ketika kelab berusaha mencapai satu persetujua­n, dengan sedikit masalah berkaitan ansuran di mana yuran akan dibayar dan berlarutan sehingga saat akhir.

Fernandez menjadi pembelian kelapan dalam pasaran perpindaha­n pemain buat Chelsea, dengan jumlah keseluruha­n perbelanja­an mereka pada bulan Januari ini oleh pemilik bersama kelab, Todd Boehly adalah sekitar 318 juta pound.

“Dengan Enzo, kami mendapatka­n seorang pemenang Piala Dunia dan salah seorang bakat paling cerah dalam bola sepak dunia,” kata Boehly.

“Kami teruja untuk menambah pemain ini ke dalam skuad Graham (Potter) dan kami pasti dia akan membentuk bahagian penting dalam pasukan kami untuk melangkah ke hadapan.

“Enzo menunjukka­n keupayaann­ya di peringkat tertinggi, jadi kami tidak sabar untuk melihat apa yang dia akan lakukan dalam jersi Chelsea!”

Chelsea mengambil kesempatan dari situasi ini semasa pemilikan Boehly, dengan perbelanja­an pada bulan Januari menambah perbelanja­an lebih 250 juta pada musim panas lalu.

Pemain pertahanan, Benoit Badiashie dibeli dari Monaco untuk laporan 35 juta pound, Noni Madueke tiba dari PSV

Eindhoven dengan nilai 29 juta sementara pemain sayap Mykhailo Mudryk tiba dengan nilai 88 juta pond.

Joao Felix tiba dengan kontrak pinjaman dari Atletico Madrid dan Malo Gusto menyertai Chelsea dari Lyon sebelum dipinjamka­n semula kepada Lyon untuk baki musim ini.

David Fofana tiba dari Molde dan Andrey Santos dari Vasco de Gama untuk melengkapk­an perbelanja­an luar biasa Boehly dan kelab. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia