Arab Saudi tidak bantah penyertaan Rusia ke AFC
Arab Saudi tidak akan membantah penyertaan Rusia ke Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), menurut menteri sukan negara itu ketika memberitahu agensi berita AFP pada Rabu ketika pegawai bola sepak Rusia mencari cara untuk kembali ke pertandingan antarabangsa.
Pegawai Rusia membayangkan kemungkinan satu perpindahan ke Asia pada bulan Disember lalu ekoran penggantungan Rusia dari pertandingan antarabangsa oleh badan induk bola sepak Eropah (UEFA) ekoran pencerobohan ke atas Ukraine.
Walaupun Kesatuan Bola Sepak Rusia (RFU) kemudian meminta satu kumpulan kerja untuk menyambung semula perhubungan dengan UEFA, presiden RFU, Alexander Dyukov tidak menolak untuk mendapat keanggotaan AFC pada satu ketika.
Bercakap pada Kongres AFC di Bahrain, Menteri Sukan Arab Saudi, Putera Abdulazi bin Turki Al-Faisal berkata dia tidak melihat satu masalah dengan Rusia beralih keanggotaan ke Asia.
“Jika FIFA (badan induk bola sepak dunia) dan AFC membenarkannya dan ada faedah untuk Asia, maka saya tidak fikir ada masalah dengan perkara itu,” katanya.
Menyertai AFC bermakna Rusia akan dapat bermain perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang pasukan dari Asia dan juga kelabnya akan dapat menyertai pertandingan kelab peringkat Asia.
Presiden AFC, Sheikh Salman bin Ebrahim Al Khalifa berkata tiada sebarang perhubungan rasmi tentang keanggotaan Rusia.
“Jika kami mendapat sesuatu yang rasmi untuk AFC dalam perkara ini, maka ia adalah satu isu lain tetapi saya tidak menjangkakan ia berlaku akan perbincangan seperti ini akan berlaku,” katanya.
“Kami mempunyai perhubungan yang baik dengan persekutuan Rusia dan persekutuan lain di Eropah, dan kami sentiasa berhubung dengan mereka. Kami mahu apa yang terbaik dalam sukan ketika cuba untuk mengekalkan politik di luar bola sepak.”
Minggu lepas, atlet Rusia dan Belarus – yang digantung dari kebanyakan sukan Olimpik sejak pencerobohan ke atas Ukraine – dijemput bertanding pada kejohanan tergangguh Sukan Asia tahun ini, dijadualkan akan diadakan di China.
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) juga berkata membenarkan Rusia dan Belarus bertanding di Sukan Olimpik 2024 Paris seharusnya “diterokai”, mengenepikan kemungkinan satu boikot oleh Ukraine.