Utusan Borneo (Sarawak)

BAMTC: BAM letak sasaran berjaya mara ke separuh akhir

-

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) meletakkan sasaran untuk skuad negara sekurang-kurangnya mara ke separuh akhir di Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia (BAMTC) di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 14 hingga 19 Feb ini.

Bukan sahaja sasaran ke separuh akhir, malah Pengarah Pengarah Prestasi

Tinggi BAM Dr Tim Jones juga berharap untuk melihat skuad negara mengunggul­i Kumpulan B yang turut dianggotai India, Kazakhstan dan tuan rumah, UAE.

Walaupun India mungkin dilihat sebagai ‘duri dalam daging’ di peringkat kumpulan, Jones percaya pemain negara memiliki apa yang diperlukan bagi mengatasi lawan terkuat mereka dalam kejohanan yang diadakan di

Pusat Pameran Dubai itu.

“Kita perlu membuat lebih banyak analisis terhadap pasangan India dan pemain berkenaan kami cukup kenal. Kita juga mempunyai rekod yang baik dalam menentang beberapa pemain India ini, jadi kita tetap yakin.

“Sudah tentu kita akan cuba mengunggul­i di peringkat kumpulan bagi undian mudah di separuh akhir, jadi kita perlu menang dalam setiap perlawanan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Antara nama besar yang akan mewakili Malaysia ke BAMTC ialah pemain profesiona­l perseorang­an lelaki, Lee Zii Jia, diikuti juara dunia beregu lelaki, Aaron ChiaSoh Wooi Yik, beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M. Thinaah dan bekas pemenang pingat emas perseorang­an wanita Sukan Olimpik Remaja,

Goh Jin Wei.

Sementara itu, Jones berkata mereka akan cuba membantu Zii Jia membina keyakinan semasa kem latihan pusat yang bermula minggu depan agar pemain itu dapat memberi yang terbaik dalam BAMTC, ekoran prestasi buruk yang menyaksika­n beliau gagal melepasi peringkat awal dalam Terbuka Malaysia, Terbuka Indonesia dan Masters Indonesia. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia