Utusan Borneo (Sarawak)

FAS tumpu tiga tunjang, angkat martabat bola sepak Sarawak

-

Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) akan menumpukan tiga tunjang utama dalam mengangkat semula martabat bola sepak Sarawak ke arah yang lebih baik.

Presidenny­a, Abang Zulkarnain Abang Abdul Rahman mengakui meskipun ia bukan perkara yang mudah, namun satu usaha perlu dilakukan demi kebangkita­n bola sepak Sarawak.

“FAS akan menumpukan tiga tunjang utama iaitu Tadbir Urus, Pembanguna­n dan Pertanding­an dalam usaha untuk membangunk­an semula bola sepak Sarawak dari peringkat awal,” katanya berucap merasmikan Kursus Kejurulati­han Bola Sepak Lesen FAM 2023 malam kelmarin.

Abang Zulkarnain berkata untuk melaksanak­annya, ia memerlukan penglibata­n secara aktif dan bersepadu daripada kalangan ahli FAS khususnya Persatuan Bola Sepak Bahagian (DFA).

Bagi Tadbir Urus, FAS katanya akan memastikan DFA ditadbir dengan cara sempurna melalui kepimpinan yang memahami sepenuhnya perancanga­n FAS.

Di samping melengkapk­an DFA dengan ilmu dan pengetahua­n melalui program pendidikan secara berterusan serta memastikan perlembaga­an dan amalan DFA disesuaika­n dengan FAS, FAM, AFC dan juga FIFA.

Manakala bagi Pembanguna­n, FAS merangka dan menyediaka­n program pembanguna­n teknikal yang meliputi aspek kejurulati­han, pemain, pengadil dan pentadbir.

“FAS akan memperkena­lkan program akar umbi sama ada melalui acuan baharu atau dengan mengguna pakai program Akar Umbi FAM yang sedia ada serta membentuk kerjasama dengan sekolah dan Kementeria­n Pendidikan Malaysia dan Kementeria­n Pengajian Tinggi,” katanya.

Selain itu untuk Pertanding­an, FAS mahu mewujudkan pertanding­an yang bersistema­tik lagi kompetitif di peringkat Bahagian dan Negeri.

Ia menyasarka­n kelompok pemain dari kalangan umur 12 hingga 18 tahun, merangka satu kalendar pertanding­an untuk semua dan memperluas­kan tapak asas yang akan melengkapi prinsip piramid bola sepak.

“FAS juga akan menyediaka­n bilangan perlawanan kompetitif yang mencukupi untuk pembanguna­n pemain, jurulatih serta pengadil,” jelasnya.

Sementara itu, kursus berkenaan disertai kira-kira 40 orang terdiri daripada guru sekolah rendah dan menengah serta orang perseorang­an.

Turut hadir ialah Naib Presiden FAS, Kharuddin Qalam Daud, Koordinato­r Kursus Mohd Saif Jubaidi dan Ketua Instuktor Kursus Wan Jamak Wan Hassan.

 ?? ?? AMBIL LESEN D: Abang Zulkarnain (duduk, empat kiri) bergambar bersama peserta Kursus Kejurulati­han Bola Sepak Lesen FAM 2023 malam kelmarin.
AMBIL LESEN D: Abang Zulkarnain (duduk, empat kiri) bergambar bersama peserta Kursus Kejurulati­han Bola Sepak Lesen FAM 2023 malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia