Utusan Borneo (Sarawak)

La Liga: Barca benam Real Betis 2-1

-

Gol Raphinha dan Robert Lewandowsk­i membantu Barcelona menjarakka­n kedudukan dengan kelebihan lapan mata di singgahsan­a La Liga Sepanyol apabila menang 2-1 di Real Betis pada Rabu.

Barca memberikan tekanan kepada pencabar terdekat, Real Madrid, yang bermain lewat menentang Valencia dengan kemenangan tipis di Stadium Benito Villamarin.

Dengan pemain sayap, Ousmane Dembele tidak beraksi selama beberapa minggu kerana kecederaan, Raphinha mengambil sepenuh peluang untuk membuktika­n dirinya.

Prestasi cemerlang Dembele menyebabka­n Raphinha kurang diturunkan sejak perpindaha­n dari Leeds United pada musim panas tahun lepas.

Raphinha meletakkan Barca di hadapan pada minit ke-65 dan Lewandowsk­i, yang kembali beraksi selepas penggantun­gan tiga perlawanan liga, menambah jaringan ketika berbaki 10 minit permainan.

Jules Kounde menghadiah­kan gol pertama Betis apabila tertolak bola ke pintu golnya sendiri pada minit akhir namun Barca berjaya bertahan sehingga ke wisel penamat.

“Saya fikir kami mengharung­i permainan yang baik, corak permainan kami sangat bagus, saya boleh katakan hebat,” kata jurulatih Barca, Xavi Hernandez.

“Kami bermain hebat di tempat yang sukar. Saya berasa sangat gembira bukan sahaja kerana keputusan tetapi kerana cara kami bermain, kami meningkat dengan mendadak dari perlawanan menentang Girona.”

Barcelona sebelum ini menang tipis 1-0 dalam tiga perlawanan liga terakhir, termasuk menentang Girona minggu lepas dalam apa yang merupakan aksi hambar tetapi mereka beraksi lebih baik di Seville.

Betis memulakan perlawanan dengan sokongan padu penyokong mereka dan pemain pertahanan Barca, Alejandro Balde beraksi cemerlang menghadang cubaan Luiz Henrique di awal permainan.

Lewandowsk­i juga melihat cubaannya tersasar sementara Pedri gagal melakukan penyudah kemas.

Raphinha ada menjaringk­an gol awal tetapi tidak dibenarkan kerana ofsaid dan Kounde kemudian beraksi cemerlang menghadang satu cubaan Sergio Canales.

Penjaga gol Betis, Rui Silva menafikan cubaan Pedri dalam kedua-dua babak permainan sebelum Raphinha akhirnya membuka jaringan dari satu umpanan Balde.

Lewandoski, penjaring terbanyak La Liga ketika ini, mengharung­i malam yang mengecewak­an selepas cubaannya dihadang selain beberapa cubaannya hambar.

Bagaimanap­un, penyerang antarabang­sa Poland itu akhirnya berjaya menjaringk­an gol selepas menerima umpanan Ronald Araujo untuk gol liga ke-14 dan gol ke-23 dalam semua pertanding­an.

Ketika Barca membayangk­an

tiga mata selesa, Betis merapatkan kedudukan apabila Kounde tertolak bola ke pintu golnya sendiri.

Namun Barcelona berjaya mempertaha­nkan kedudukan sehingga tamat permainan dan mengekalka­n impian memburu kejuaraan liga yang pertama sejak 2019.

Betis, di tangga keenam liga, melihat pemainnya, William Carvalho dibuang padang selepas tamat permainan kerana membuat bantahan keterlalua­n kepada pengadil.

Mereka ketika ini kurang tiga mata di belakang Atletico Madrid yang menduduki tangga keempat liga, slot terakhir kelayakan ke Liga JuaraJuara musim hadapan.

“Menentang lawan seperti Barca, ia sememangny­a seperti ini, ia sukar untuk merampas bola daripada mereka dan mereka berupaya menghukum pertahanan lawan,” kata penyerang Betis, Borja Iglesias.

 ?? — Gambar AFP ?? HANGAT: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan La Liga Sepanyol di antara Real Betis dan Barcelona di Stadium Benito Villamarin di Sevilla.
— Gambar AFP HANGAT: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan La Liga Sepanyol di antara Real Betis dan Barcelona di Stadium Benito Villamarin di Sevilla.
 ?? XAVI ??
XAVI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia