Utusan Borneo (Sarawak)

Inisiatif jana sumber tenaga bersih

PETROS rancang labur RM2 bilion bangun loji kuasa turbin di Miri.

- Oleh Clare Cinderella

Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) merancang untuk melabur RM2 bilion bagi membangunk­an loji kuasa turbin gas atau Combined Cycle Gas Turbine (CCGT) dengan tenaga 400 megawatt (MW) di Miri.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, loji kuasa turbin itu kelak bakal menjana sumber tenaga berdasarka­n gas asli pada kadar yang berpatutan, boleh dipercayai dan lebih bersih untuk bandar raya ini.

“Miri telah dikenal pasti sebagai salah satu daripada empat hab gas yang akan menyediaka­n akses bekalan gas yang berpatutan, boleh dipercayai dan tenaga bersih ke seluruh negeri di bawah Pelan Hala Tuju Gas Sarawak (SGR). Tiga hab lain yang turut dikenal pasti ialah Bintulu, Samalaju dan Kuching.

“SGR adalah tonggak utama Sarawak dalam merealisas­ikan Wawasan 2030, untuk menjadikan negeri ini berpendapa­tan tinggi dan maju dengan keutamaan 1,200 mmscf/hari gas asli Sarawak bagi memacu ekonomi domestik,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan wakilnya, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada majlis pelancaran bekalan gas asli

Medan SABERKAS di sini, semalam.

Hadir sama Menteri Pengangkut­an Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin, Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Kanak-Kanak Datuk Rosey Yunus, Timbalan Menteri Infrastruk­tur dan Pembanguna­n Pelabuhan Datuk Majang Renggi, Timbalan Menteri Pelanconga­n, Kreativiti dan Seni Persembaha­n I Datuk Sebastian Ting, ADUN Pujut merangkap Datuk Bandar Miri Adam Yii, Ahli Parlimen Miri Chiew Choon Man dan Ketua Kumpulan Pegawai Eksekutif (GCEO) PETROS Janin Girie.

Justeru menurut Abang Johari, projek perintis di Medan SABERKAS semalam adalah cerminan komitmen

PETROS untuk memaksimum­kan impak positif dalam komuniti di Miri dan menyerlahk­an kemajuan ketara SGR.

“Dengan siapnya projek perintis bekalan gas paip ini, kerajaan telah menaikkan lagi taraf kemudahan sedia ada di Medan SABERKAS Miri yang kini sudah memiliki bumbung kekal, air bersih dan bekalan tenaga yang boleh dipercayai serta pakej perkhidmat­an oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) yang komprehens­if,” katanya.

Mengulas lanjut, Abang Johari memberitah­u PETROS telah diperbadan­kan pada 2017 untuk menjadi peneraju penyertaan

Sarawak dalam eksploitas­i sumber minyak dan gas yang dikurniaka­n oleh negeri ini dan pada masa sama, menjaga kepentinga­n Sarawak serta sumbernya.

“Minyak pertama kali ditemui di Miri pada tahun 1910, oleh itu ia merupakan lokasi strategik untuk Sarawak dan PETROS sebagai syarikat minyak dan gas negeri.

“Sejak 2017, PETROS telah meningkatk­an pengeluara­n ekuitinya kepada lebih 40 peratus di luar pesisir Miri dan untuk daratan Miri, penggerudi­an dijangka bermula pada separuh kedua 2023,” jelasnya.

 ?? ?? GUNA GAS: Uggah menunjukka­n kuetiau gorengnya kepada pemberita selepas beliau menjadi antara pengguna terawal gas paip yang mula disalurkan untuk kegunaan 67 peniaga Medan SABERKAS Miri, semalam. Turut kelihatan, (dari kiri) Janin, Yii, Lee serta yang lain.
GUNA GAS: Uggah menunjukka­n kuetiau gorengnya kepada pemberita selepas beliau menjadi antara pengguna terawal gas paip yang mula disalurkan untuk kegunaan 67 peniaga Medan SABERKAS Miri, semalam. Turut kelihatan, (dari kiri) Janin, Yii, Lee serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia