Utusan Borneo (Sarawak)

Hujan lebat, jalan ke Ulu Baram terputus akibat tanah runtuh

-

Jalan menuju ke Ulu Baram terputus buat sementara waktu akibat kejadian tanah runtuh kelmarin susulan hujan lebat yang berlaku sejak dua hari lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dennis Ngau berkata kejadian ini telah menghalang perjalanan­nya untuk sampai ke Long San bagi merasmikan majlis di sekolah.

“Saya dalam perjalanan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Temenggong Datuk Lawai Jau, Long San selepas dijemput untuk merasmikan acara sekolah tersebut.

“Bagaimanap­un, saya tidak dapat meneruskan perjalanan kerana tanah runtuh menghalang jalan di sekitar persimpang­an Daleh Long Pelutan atau Long Miri-Baram,” katanya kepada Utusan Borneo melalui WhatsApp.

Oleh itu, beliau menggesa

pengguna jalan balak supaya berhati-hati pada musim hujan ini berikutan risiko tanah runtuh dan ketika melintasi jambatan balak sementara.

Dennis berkata, beliau bertolak dari Miri pada jam 5 pagi dan terhenti dalam perjalanan­nya akibat kejadian tanah runtuh itu yang mengakibat­kan barisan panjang

kenderaan dari pedalaman dan dari Long Lapok.

Beliau berkata, tinjauan di lokasi tanah runtuh itu mendapati kejadian tersebut agak luar biasa kerana di sekitarnya terdapat banyak pokok dan tumbuh-tumbuhan yang boleh melindungi cerun.

“Ia adalah tanah runtuh yang besar dan saya telah cuba menghubung­i Samling untuk menggerakk­an jentera mereka bagi membersihk­an laluan ini,” tambahnya.

Dennis menjelaska­n kerajaan akan terus berusaha untuk membina jalan kekal di sini, tetapi ini akan mengambil masa atas faktor jarak dan geografi.

Selain itu, Dennis turut berharap agar syarikat pembalakan turut memainkan peranannya dalam perlindung­an cerun dan pencegahan tanah runtuh.

Dalam pada itu, beliau mendedahka­n bahawa beliau juga telah menghubung­i Jabatan Kerja Raya untuk menjalanka­n kerja-kerja pembaikan segera bagi jalan antara Long Lama dan Long Lapok, terutamany­a berhampira­n Pusat Pertumbuha­n Luar Bandar (RGC) Long Lama berikutan kenderaan berat yang terlebih muatan melalui laluan itu.

 ?? ?? TANAH RUNTUH: Dennis meninjau keadaan tanah runtuh yang menghalang jalan ke Ulu Baram kelmarin.
TANAH RUNTUH: Dennis meninjau keadaan tanah runtuh yang menghalang jalan ke Ulu Baram kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia