Utusan Borneo (Sarawak)

Tanah susur, penduduk Rh Maja berisiko terputus hubungan

Ia berlaku di lereng bukit menuju ke rumah panjang 16 pintu itu

- Oleh Kepu Sidi

Hasil pemantauan, anggota bomba mendapati tanah susur tersebut berisiko untuk runtuh lagi kerana struktur tanah yang tidak kukuh.

JULAU: Penduduk Rumah Maja, Kampung Sebatu Baru, Entabai Julau berisiko terputus hubungan susulan ancaman tanah susur di jalan utama menuju ke rumah panjang mereka.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor Nicholas Belulin berkata, kejadian tanah susur tersebut berlaku di bahagian lereng bukit menuju ke rumah panjang 16 pintu tersebut.

“Pihak bomba telah menerima panggilan berkaitan kejadian ini pada jam 3.01 petang semalam (Jumaat) daripada penduduk rumah panjang tersebut.

“Berikutan itu, dua anggota bomba telah dikerah ke rumah panjang tersebut yang terletak sejauh 76 kilometer dari balai.

“Setibanya di lokasi, anggota bomba mendapati berlaku tanah susur di bahagian tepi jalan utama menuju ke rumah panjang tersebut.

“Hasil pemantauan, anggota bomba mendapati tanah susur tersebut berisiko untuk runtuh lagi kerana struktur tanah yang tidak kukuh,” kata Nicholas kepada media, semalam.

Menurut Nicholas, hasil

Nicholas Belulin Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor

pemantauan dan maklumat daripada penduduk juga mendapati runtuhan berlaku akibat hujan lebat dan sistem perparitan yang gagal menampung limpahan air.

“Kita mendapati sistem pembetunga­n yang digunakan untuk menyalurka­n air di kawasan ini agak kecil dan didapati tidak mampu menampung limpahan air yang banyak sekiranya hujan lebat berlaku secara berterusan.

“Melalui pemeriksaa­n tersebut juga, pihak bomba mendapati anggaran kawasan yang terjejas akibat runtuhan ini adalah sekitar 15 kaki lebar.

“Berdasarka­n situasi tersebut pasukan bomba telah memasang tali sawar-sawar di lokasi runtuhan sebagai tanda amaran kepada penduduk yang melalui lokasi itu,” kata Nicholas.

Tambahnya, penduduk turut diingatkan agar menjauhkan diri dari lokasi runtuhan dan bertindak melaporkan segera kepada pihak bomba sekiranya berlaku runtuhan baharu.

 ?? ?? WASPADA: Anggota bomba melakukan pemantauan tanah susur yang berlaku di jalan utama menuju ke Rumah Maja, Kampung Sebatu Baru, Entabai Julau.
WASPADA: Anggota bomba melakukan pemantauan tanah susur yang berlaku di jalan utama menuju ke Rumah Maja, Kampung Sebatu Baru, Entabai Julau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia