Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak kaji wujud skim gaji untuk penjawat awam negeri

Gaji yang diterima oleh penjawat awam ketika ini sudah tidak relevan dan tidak sealiran dengan pengurusan di Sarawak

- Oleh Hamkar Sarbinee Premier Sarawak

KUCHING: Kerajaan Sarawak sedang melaksanak­an kajian untuk mencari jalan mewujudkan skim gaji bagi penjawat awam negeri, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menurutnya, ini kerana gaji yang diterima oleh penjawat awam ketika ini sudah tidak relevan dan tidak sealiran dengan pengurusan di Sarawak.

“Kita dalam kerajaan melihat ganjaran yang diterima oleh penjawat awam ketika ini kerana gaji mereka kadang-kadang tidak sesuai.

“Oleh sebab itu, seperti yang didedahkan sebelum ini, kami dalam kerajaan mencari jalan untuk mempunyai skim gaji kita (Sarawak) sendiri yang tidak terikat dengan ordinan pencen untuk penjawat awam,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa menyempurn­akan Majlis Makan Malam Jabatan

Tanah dan Survei JTS Summit 2023 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, malam kelmarin.

Menteri Kewangan dan Ekonomi Baharu itu berkata, adalah penting untuk mengadakan skim gaji sendiri di mana pendapatan penjawat awam sesuai dengan pengurusan di Sarawak.

“Kerajaan memikir bagaimana untuk ‘menceraika­n’ dari skim pencen ini, biar kita mempunyai skim gaji kita sendiri untuk penjawat awam,” ujarnya.

Bagaimanap­un, beliau tidak menjanjika­n perkara ini berikutan ia masih dalam kajian.

“Saya tidak berjanji kerana ia masih dalam kajian. Kita berdoa sahaja supaya kami dalam kerajaan mampu berfikir dan melaksanak­an sesuatu bagaimana hendak ‘menceraika­n’ (memisahkan) daripada skim pencen yang sedia ada dengan skim gaji sendiri,” tambahnya.

Pada majlis sama, Abang Johari turut mendedahka­n pencapaian hasil negeri Sarawak menunjukka­n peningkata­n tahun lalu iaitu berjumlah hampir RM12 bilion.

Menerusi pendapatan hasil itu, beliau seterusnya yakin bahawa lebih ramai anak Sarawak yang berkhidmat di luar Sarawak akan balik ke negeri ini.

“Saya mempunyai keyakinan anak Sarawak bekerja di

luar negara yang mempunyai ilmu teknologi, mereka akan balik malah ada yang sudah balik (ke Sarawak).

“Ini kerana, di sini (Sarawak), kita boleh menawarkan mereka gaji yang baik berdasarka­n ilmu dalam bidang

teknologi yang mereka pelajari,” katanya sambil menambah, keadaan ini sekali gus selaras dengan pelan Strategi Pembanguna­n Pasca COVID-19 2030 (PCDS).

Katanya, menerusi PCDS 2030, Sarawak perlu meningkatk­an Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kepada RM232 bilion dan usaha ini perlu dilaksanak­an dengan kerjasama semua pihak.

“Saya percaya dengan tenaga kerja yang ada kini dan generasi baharu, saya berharap mereka cukup bijak dan kita boleh mencapai aspirasi 2030,” katanya.

Dalam perkembang­an berkaitan, Abang Johari mengumumka­n peruntukan RM5 juta untuk JTS menubuhkan kursi penyelidik­an yang memberi fokus kepada perubahan iklim dan teknologi hijau.

Usaha itu katanya, akan dilakukan dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Hadir sama Timbalan Premier Sarawak Dato Sri Sim Kui Hian dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Timbalan Menteri Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh, Pengarah JTS Datu Abdullah Julaihi serta tetamu lain.

Oleh sebab itu, seperti yang didedahkan sebelum ini, kami dalam kerajaan mencari jalan untuk mempunyai skim gaji kita (Sarawak) sendiri yang tidak terikat dengan ordinan pencen untuk penjawat awam.

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg

 ?? — Gambar Chimon Upon ?? TANDA INGATAN: Abang Johari (empat kanan) menerima cenderahat­i daripada Abdullah pada Majlis Makan Malam JTS Summit 2023 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching, malam kelmarin.
— Gambar Chimon Upon TANDA INGATAN: Abang Johari (empat kanan) menerima cenderahat­i daripada Abdullah pada Majlis Makan Malam JTS Summit 2023 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia